En. Nazir

Siakap 13 Rasa Disaluti Bawang Gelang ;p

Sunday, July 11, 2010

Tekak dari minggu lepas rasa nak makan siakap 3 rasa. Last2 semalam baru dapat masak. Maklumlah minggu lepas En. Nazir kerja malam, balik masak dah macam Charlie Chaplin masak, manalah nak sempat buat semua.

Semalam singgah Pasar Taming Sari tu, cari siakap sekor dan bahan2 lain.

Maka terhasillah Siakap 13 Rasa Disaluti Bawang Gelang ;p 13 tau bukan 3 lagi.. hehehehe~



pandangan tepi.. 



pandangan atas..


Masa hidangkan atas meja terus ada satu suara berbunyi..

"Mak aih.. dah macam gelang bawang dia"

"Hahaha.. bawang ni besar sangat.. saja tak nak membazir.. sekali lebur je"

Ok tak jawapan tu?

Tapi si beliau bantai gelakkan bawang tu. Dah macam gelang katanya. Lantaklah, janji makan kenyang hehehe. 

Kalau nak tengok resepi saya, klik sini > Resepi Siakap 3 Rasa Hernee Nazir's Style ;p <

Lepas makan relax2 sekejap, dalam pukul 4 pergi ke Larkin ambil Ayu kat Kompleks Belia dan Sukan. Minah tu demam, doktor kat Melaka suspect denggi. Masa saya sampai muncung dia dah jejak Singapore dah. Muka bengang tunggu lama sangat. dah saya kena masuk Singapore kejap nak ambil muncung Ayu tu hehehehe. Sorry aeh Che Ayu.

Lepas ambil Ayu, tunggu Ana pulak kat Larkin Sentral. Minah ni pun dari Melaka juga. Pergi jumpa Dr. Ashok dia dan ambil ubat kat Mahkota Medical Center. Tunggu minah ni ada la setengah jam, muncung saya pulak yang jejak Pulau Batam ngee~

Lepas ambil Ana, hei berapa banyak lepas daaaa. Kitorang terus ke Persada cuci2 mata je. Kat sana En. Kamarul dah menunggu sobat baik dia tu. Ronda2 sampai pukul berapa entah terus balik sebab Ayu dah tak larat.

Sekian, diari hari Sabtu ;p



©Hernee Nazir – Hari ni beliau request Spaghetti Meat Ball Bolognise.. nyum2.. sekejap lagi nak mencari bahan2.. lepas tu nak bawa Ayu ke hospital..

You Might Also Like

4 Th♥ught (s)

  1. ::cdot the dot:: >>alamat u dr dlu x bg cmane i nk pos..hehehe

    ReplyDelete
  2. E.d.Y >>ye la edy oi..msk dgn tgn sndiri..hehehe

    ReplyDelete

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!