Dah berbulan rasanya beli benda ni dengan Yot tapi masih tak tergamak nak pakai. Awal dah bagitau En. Nazir kalau nak pakai kena saing pakai sama2 sebab saya takut tengok hasilnya nanti. Kalau ada geng rasa macam kurang takut la. Alasan yang tak munasabah ;p

Harga RM20 sepeket, ada 10 pcs semuanya. Baru luak 4 je. Tak tahu bila nak pakai lagi. Asyik lupa je hehehe. Banyak juga kelebihan guna benda ni. Sila tengok kat bawah.

Kelebihan Foot Detox Patch kepada si pengguna:
  • Mengurangkan kelesuan, kurang tenaga, sukar memberi tumpuan & cepat marah
  • Menguatkan sistem immune badan dan juga menormalkan tekanan & aliran darah
  • Mengurangkan allergi, masalah resdung & jerawat
  • Mengurangkan sembelit & sindrom usus sensitif (irritable bowel syndrome)
  • Mengurangkan sakit kepala, migrain & stress
  • Mengatasi masalah sukar tidur (insomnia) & kembung perut
  • Melegakan sakit tumit, tapak kaki & cegah bau kaki
  • Mengurangkan sakit gout, sendi, kencing manis & kegemukan
  • Bekerja dengan bahan kimia seperti cat, larutan pembersih dan lain-lain
  • Sangat bagus untuk perokok

Semalaman kami pakai.. dan hasilnya.. taraaaaaaaaaa..



 Sisa2 toksin En. Nazir..



 Sisa toksin saya..


Wave goodbye to those nasty toxins absorbed by the sachet. Bye2 toxin jangan datang lagi ;p Kena pakai banyak2 kali lagi la baru hapus semua toksin dalam badan ni kan. Kalau setakat pakai sekali belum cukup berkesan rasanya. Jangan nak berangan la kan. Sendiri pemalas pakai terus2 nak berkesan cepat. 

Kalau siapa2 yang teringin nak mencuba bolehlah cari kat mana2 stokis. Kalau nak order dengan Yot sila contact saya hehehe nanti saya sampaikan pada Yot.


©Hernee Nazir – Esok cuti.. malam ni nak pakai lagi ;)