Hari ni tersangatlah penat adanya. Serius dah tak larat sebenarnya ni. Pagi2 bersarapan secara berjemaah dengan En. Nazir, adik2, Mak Idah, Bariah, Ila & Aien dekat Warung Poyot. Lepas sarapan En. Nazir pun ke UTM sambung kursus yang tinggal sehari lagi. Saya pulak kemas2 rumah dan terus ke rumah mak nak bergotong royong membersihkan Teratak Bonda nanti dah nak puasa takut tak larat pulak ;p

Mula kemas depan, segala pokok2 bunga arwah yang hidup segan mati tak mahu saya cantas. Mana yang elok hanya dibersihkan saja. Lantai depan tu diberus dah banyak juga lumut yang melekat. Lepas bersihkan depan ke belakang pulak. Dalam rumah Ayu punya bahagian, Ana buat sementara waktu jadi chef lepas tu dia ambil bahagian untuk baju2.

Dalam pukul 4 tak settle lagi. Janji dengan Bariah nak pergi Kedai Gee kat Taman Nusantara. Terus bersiap2 nak balik rumah sekejap salin baju. Dah selekeh tahap dewa2 rasanya. Siap2 terus ikut Bariah ke Kip Mart lepas tu ke Jusco dan last sekali barulah sampai Kedai Gee. Cerita pasal Kedai Gee next entry ya ;)

Sekarang kat rumah mak tengah menunggu En. Nazir yang belum sampai2 lagi. Huwaaa dah tak larat penat sangat hari ni. Tangan kaki semua dah lenguh2. Rasa macam nak demam pun ada. Dapat bantal ni confirm jalan terus. Balik nak makan panadol extend.

Sebelum berundur, silalah tenung dalam buah manggis dan rambutan di bawah hasil pemberian dari Naza si pengantin baru. Thanks ye Naza dan Selamat Pengantin Baru :)




©Hernee Nazir – Esok nak ambil mc boleh tak ;)