Menu semalam, tolong jangan gelakkan sebab Mee ni tak ada tajuk. Mee ni arwah Mak saya selalu masak dulu. Musim2 puasa ni, semua masakan pun teringat masakan Mak. Resepin kuahnya tu lebih kurang macam nak biat asam pedas. Tapi tak perlu pekat2 nanti ada yang jadi peneman setia cik toilet hehehe.

Inilah Mee nya, hand phone Chokia tak mampu merakamkan gambar yang cantik harap maklum hehehe.



Resepi nanti2 saya tepek ya..tak sempat pulak nak menaip ni..hehehe


Abaikan leher ayam yang tak sempat nak dibelah dua tu. Maklumlah masa suntuk masak main baling2 je. En. Nazir kata rasanya ada iras2 tomyam. Bila ayah datang malam, dia pun kata benda yang sama. Lantaklah janji kenyang. Daging ayam yang tebal2 saya sedekah pada kucing yang kurang kasih sayang kat luar rumah tu. Nampaknya kucing tu berselera, habis daging ayam dibedal hehehe.


Sedang asyik memasak, Dida datang hantar onde2 atau ada yang panggil buah melaka dan mee hoon goreng. Thanks ya, saya tak sempat nak bagi balasan, sebab Mee Tak Ada Tajuk belum siap dimasak masa tu hehehe. Next time, masak2 nak hantar rumah dia pula.



Onde2..macam tahu2 je yang saya teringin nak makan..




 Mee Hoon Goreng.. ayah saya yang tukang habiskan hehehe..

Itu saja santapan berbuka puasa semalam. Saya rasa mesti kena komen kalau En. Nazir tengok gambar2 dari hand phone Chokia yang kabur lagi menyakitkan mata ni hehehe.

Oklah, selamat berbuka untuk semua :)


©Hernee Nazir – Hari ni rasanya nak menjengah bazar ramadhan, malam nak menjengah Pak Berahim, ayah Bariah yang dimasukkan ke HSI kerana tekanan darah rendah. Semoga Pak Berahim cepat sembuh..