.. yang di request oleh En. Nazir. Padahal baru je berapa hari sebelum puasa tu saya buat Mee Hoon Bakso ni. Kata En. Nazir kalau dia request nak makan lagi tu maknanya sedap la tu hehehe. Thanks ya En. Nazir.



Resepinya saya copy paste dari entri saya yang lepas masa first time buat Mee Hoon Bakso.

Bahan A:

1 paket bihun, celur dalam air mendidih, ketepikan.
Bebola daging boleh dibeli di pasaraya.

Atau untuk membuatnya:

1/2 kg daging cincang
2 sudu makan tepung jagung
1/2 sudu teh lada sulah
Sedikit garam.

Gunakan pengisar yg tidak menggunakan air, kisar bahan-bahan ini, bulat-bulatkan dan ketepikan.

Bahan B:

10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
1/2 biji buah pala
1/2 sudu teh lada sulah
Garam secukup rasa
5 sudu makan minyak
1 kiub daging/ayam jika suka
4 liter air

Bahan sambal

50 sen cili padi
2 ulas bawang putih, kukus dan haluskan

Bahan hiasan

1/2 kg sawi hijau, potong
30 sen daun bawang & daun sup, hiris
Bawang goreng
Sos cili dan kicap manis
Notes: Kali ni saya masih tak letak sawi pun..saya letak kobis je pun sedap.. plus Meat Ball yg banyak..
Cara

Kisar bawang merah, bawang putih dan buah pala. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi, masukkan air. Setelah mendidih masukkan garam dan lada sulah, baru masukkan bebola daging, apabila daging timbul, angkat dan ketepikan. Celur pula daun sawi dalam sup, angkat dan ketepikan.

Untuk menghidang, bubuh bihun dalam mangkuk bersama bebola daging dan sawi. Tuang supnya, tuang sedikit  sos cili dan kicap manis, daun sup dan daun bawang, bawang goreng, sambal cili padi dan hidangkan.

Kebetulan Ayu ada balik, jadi saya ajak dia dan Anna berbuka di rumah. En. Nazir pulak ajak kawan baru dia kawan kepada En. Kamarul, iaitu En. Tarmizi berbuka sekali di rumah. Kesian En. Kamarul yang berkhidmat untuk PTP tak dapat join hehehe. next time lah ya kami ajak berbuka.



©Hernee Nazir – Sedang berfikir menu hari ini.. semalam kebuntuan last2 masak Nasi Ambang je kat Bazar Ramadhan hehehe.