Semalam saya pergi kerja dihantar oleh En. Nazir jadi balik pun haruslah diambil. Jam dah dekat pukul 5 tapi dia tak ada pun sms saya. Saya pun saja menyepikan diri dulu. 

Dalam hati berkata, 

"Aeh En. Nazir ni tak nak ambil ke? ke dia nak ajak berbuka kat luar? tu yang saja2 ambil lambat.."

Sangat over sangkaan tu kan. Alasan tak nak masak nampaknya.

Dalam pukul 5.10 pm En. Nazir call dia dah sampai kat bawah. Maka terkedek2lah saya turun ke bawah. Dah masuk kereta, laju je mulut bertanya..

"Nak buka apa hari ni? Kita pergi bazar je yok?"

"Ar boleh gak"

Terus mendiamkan diri.. dan tiba2..

"Kita pergi berbuka kat Pizza Hut yok?"

"Emm.. boleh aje..yesss2! termakbul doa.." ooppsss terkantoi ;p

Balik rumah mandi manda siap2 terus pergi. Mula2 nak ke Bukit Indah, tapi memikirkan kat Bukit Indah tak ada garden salad jadi kami ke Nusa Bestari saja.



 Kami mencuba Citarasa Ramadhan.




Sementara menunggu masuk waktu berbuka, saya try buat soalan uji minda ni hehehe. Pen tak ada, jadi tanda2 pakai hujung garfu saja. Bila dah nak masuk waktu barulah sampai makanannya.




 Pizza Ayam Sinar Ramadhan.. Meaty Deluxe Pizza.. taste the meat in every bite!



 Nasi Kurma Ayam.. ini untuk En. Nazir, saya jamah sikit saja sebab tak berminat ;p



Ramadhan Fizz.. memang sedap banget hehehe..



Garden Salad.. ketamakan melanda..


Chicken Wings.. sorang dua..


 Soup of the day.. my favourite!



 Double Delight.. order 2 diberinya 1.. jadi kami share saja.. nanti tamak2 tak habis pulak..

Lepas makan2 terus ke Taman Universiti untuk mensurvey sesuatu ngeeee~ Thanks En. Nazir belanja untuk berbuka puasa hari semalam :)


©Hernee Nazir – Hari ni seorang diri.. En. Nazir berbuka kat tempat kerja.. Anna berbuka dengan kawan2..