Lala Sambal

Lala Sambal Dan Ayam Goreng Kunyit Santapan Malam Sabtu

Monday, August 09, 2010

Balik kerja semangat gila nak masak ngeh2. Masa ada lebih kurang 1 jam setengah je lagi. Singgah kedai dulu, beli carrot, kacang panjang awal2 dah pesan suruh En. Nazir beli. Ni kes nak menghabiskan stok isi ayam yang tebal2 tu. Saya memang tak berapa minat. Jadi untuk tak nak membazir, kita masak Ayam Goreng Kunyit hehehe. Resepi cincai boncai saya tu untuk 2 orang makan ya.

Menu pertama.. Ayam Goreng Kunyit..





Bahan2nya..

4 ketul isi ayam(di potong kecil)
bawang besar 1 biji(dimayang bulat)
kacang panjang 4 tangkai(dipotong panjang) 

carrot 1/2 biji (dipotong panjang)
lada merah hidup 1 tangkai(di potong menyerong)

minyak masak 
serbuk kunyit
garam
ajinomoto




Cara2nya..

Lumurkan ayam dengan serbuk kunyit dan sedikit garam, digoreng sehingga  sedikit garing. Setelah garing,  angkat dan asing .Tumiskan bawang merah, cili hidup. Kemudian masukkan carrot dan kacang panjang. Masukkan garam dan ajinomoto. Pastikan bahan tumisan tadi tidak terlalu layu. Akhir sekali, masukkan ayam yangg telah digoreng tadi. Kacau dan gaul sehingga rata dan angkat.



Menu kedua.. Lala Sambal..




Bahan2nya..

500 gm Lala
2 batang serai (dititik)
5 biji bawang merah (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
2 cm halia (dikisar)
10 tangkai lada kering (dikisar)
Minyak masak

Garam, ajinomoto dan gula secukupnya

Cara2nya..

Tumis lada kering yang dikisar sehingga garing dan masukkan bawang besar, bawang putih dan halia yang dikisar. Kemudian, masukkan serai dan gaul. Masukkan Lala dan biarkan masak (tutup kuali)
Akhirnya sekali masukkan garam, ajinomoto dan gula secukupnya...

Sekarang sedia untuk dihidang dan dimakan ya.

Alhamdulillah sangat kekenyangan malam itu. Oooppsss seeloknya jangan gandingkan haiwan darat dan laut dalam menu anda. Dalam kes saya ni, nak menghabiskan stok ayam isi tebal. Kiranya diampunkan hehehe pandai je. Ok, selamat menjamu mata semua :)


©Hernee Nazir – Malam ni chef Hernee dah plan nak masak Bakso.. En. Nazir dah kena dera suruh cari bahan hari ni.. thanks ya 'pojaan hatiku'

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!