Demam Denggi

Menjoyah Di Petang Hari

Monday, August 23, 2010

Hari Sabtu yang indah lagi permai dan aman damai, sedang saya memasak, tiba2 kedengaran bunyi orang buat pengumuman. Saya yang kat dapur ni dengar agak kurang jelas, bila tanya En. Nazir yang duduk kat hall rumah dia kata tak dengar apa2. Haissyyyhhh.. berangan betul mamat ni sampai tak dengar. Maknanya telinga saya memang tak ada masalah mendengarlah kan? kan? ;p

Saya pun bertindak sebagai "Spy Leman" menjengah keluar tingkap depan rumah. Sekejap lepas tu bunyi bising. Oh, rupa2nya orang2 Kementerian Kesihatan baru mula buat fogging. Minggu lepas salah seorang penduduk kat Desa Paya Mengkuang, seorang ibu mengandung telah kembali ke rahmatullah kerana menghidap demam denggi. Kesiankan, anak dia yang sulung baru dalam 3-4 tahun umurnya. Ajal dah menjemput dia menghadap Illahi. Al - Fatihah.

Bunyi makin lama makin kuat, saya kat dapur sekejap keluar sekejap masuk ke dalam semata2 nak merakamkan aksi memfogging hehehe. Bukan jakun ya, saja nak masuk dalam blog hehehe. Sebelum bunyi makin dekat saya tutup pintu dan tingkap rapat maklumlah tengah masak nanti tak pasal2 keracunan makanan pulak.




 Siap menjoyah selak2 semata2 nak tengok orang yang memfogging hehehe.




Hmmm.. baru puas hati bila dah nampak orangnya. Sedang asyik snap gambar orang baju oren, rupanya depan betul2 tingkap saya tu ada orang pakai baju biru tengah sembur. Tak pasti dia nampak tak saya ambil gambar kawan dia tu hehehe, Sorry ya Encik Fogging, saya nak masukkan dalam blog je bukan buat apa pun hehehe. En. Nazir yang tengok, cuma menggeleng kepala je la. Dah faham sangat perangai saya ngeh2.


©Hernee Nazir – Lepas snap menggunakan hand phone Chokia, terus bertaubat dan sambung mengemas dapur ;p

You Might Also Like

6 Th♥ught (s)

  1. he3x... blogger tegar la katekan... hubby hajar pun cam hubby akak la.. hanyer gelengkan paler jer sbb dah fhm sgt... kih3x.. ;d

    ReplyDelete
  2. blogger tegar mmglah mcm tu kan..apa pun leh jd bahan blog..hehehe..

    ReplyDelete
  3. hajarus>>hehehe..nsib baik dorg fhm kn jar..hehehe

    ReplyDelete
  4. dee>>btul tu dee..ape pn nk snap..hehehe

    ReplyDelete
  5. edy>>tau xpe..mlekat kt tekak..hehehe

    ReplyDelete

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!