Program berbuka puasa beramai2 yang dirancang dalam masa seminggu. Sebenarnya program asal nak buat farewell untuk seorang staff dalam department kami. Tapi staff yang nak diraikan tu ada hal2 yang tak dapat dielakkan jadi kami tetap meneruskan hajat nak berbuka di Restoran ubi Kayu ni. Minggu lepas dah suruh AJK Makanan yang dilantik secara rasmi, iaitu En. Nazam untuk survey. Dia punya feedback kata memang sedap especially ubi rebus cicah sambal tumis ikan bilis tu hehehe.

Semalam balik kerja pukul 5pm, siap2 terus pergi JJ Bukit Indah dulu nak ambil Ayu. Oh, semalam tiba2 saya jadi GPS untuk diorang yang join ni hehehe. Semua pun terpaksa berkumpul kat JJ Bukit Indah disebabkan Ayu.

Dalam pukul 6.45pm kami sampai di restoran ni, masaa tu AJK Makanan tak sampai lagi. Kami pun pergi lah duduk bertanya kat situ dan duduk dekat meja yang dah di reserved kan untuk kami. Kamera pada En. Nazir, jadi gambar makanan saya tak sempat nak disnap sebab meja kami berasingan.




Ini makanan En. Nazir ya, bukan saya..saya punya cuma separuh pinggan je..hahaha tipu!


 Meja kaum Hawa..
(sebelah kiri: Ema, Ita, Anna, saya - sebelah kanan: N, Ayu, Mira anak Kak Intan dan Kak Intan)

Yang pakai tudung pink and specky sebelah Ayu tu N namanya. Ni pertama kali kami jumpa dan berbual. Panjang ceritanya, sebelum ni pernah terjumpa masa saya temankan En. Nazir main badminton kat Dewan Taman Sentosa kebetulan N main juga. Tapi masa tu tak kenal langsung, rupanya dia kenal Kamarul dan kami pun add meng add la kat FB hehehe. Thanks N sebab sudi join kami yang riuh rendah hiruk pikuk ni berbuka semalam. Ewah panjang lebar pula penerangan saya :)



Meja kaum Adam..
(dari kiri: Edy, Kamarul, Nizam, Nazam, cousin Nazam, Jang dan yang tukang ambil gambar tentulah si En. Nazir)

Cuba tengok betul2 mamat yang pakai baju cream tu, bukan main khusyuk dan tawadduk lagi dia melantak aiskrim kan. Sampaikan kami ni duk mengumpat dia kat belakang tu pun dia tak dengar. Muka memang lapar dan dahaga kuasa 10 hahaha. Ni saja peluang saya nak mendengki dia hehehe kalau dekat FB saya je yang kalah hehehe.



Minah ni lagi sorang.. minum macam tak pernah jumpa air hehehe.



Nazam dengan kameranya.. dialah AJK Makanan untuk kali ni.. saya pencen sekejap :p



 Dalam diam2 rupanya si baju cream kat atas tu snap gambar saya yang tengah syok berbual. Motif utama dia konon2nya nak kata saya tengah menjoyah hehehe.




Pelik betul saya. Kenapa dengan En. Nazir ni?? Agaknya tengah menahan kentut atau pun nak terberak tapi sembelit??? hehehehe. Ampun En. Nazir :) Gambar ni semua si Kamarul punya kerja, saja la tu nak mencari bahan bukti nak kenakan saya dan En. Nazir hehehe.



Sebelum bersurai, kami sempat bergambar depan Restoran Ubi Kayu ni. Harap2 dapat buka sama2 macam ni lagi nanti ya.

Keseluruhan makanan pada saya dan En. Nazir (tekak yang lain saya tak pasti) memang memuaskan. Berpatutan dengan harga dan rasa memang tak rugi pilih berbuka di restoran ni. Apa yang best yang ada kat sini:
  • Ubi kayu rebus (dah nama pun restoran ubi kayu mestilah ada ubinya ye tak.. sambal ikan bilis yang dibuat cicah dengan ubi rebus ni sangat meletopsss..secukup rasa.. rasa nak tapau bawa balik ;p gambar lupa sangat nak suruh En.Nazir snap.. kuciwa)
  • BBQ (ayam BBQ sedappp..dapp.. dapp.. tambahan jagung, sotong dan udang pun sedap)
  • Aneka nasi dan mee (saya makan nasi putih sikit semalam, tak ada perasaan nak makan mee)
  • Steamboat (haaa..yang ni pun sodap)
  • Aneka lauk pauk (macam2 ada.. lauk ayam masak merah, hati, sayur2..tapi saya tak ambil juga)
  • Kuih muih Melayu (ada onde2, ada kuih apa lagi entah banyak pilihan)
  • Rojak Buah (kuahnya pun sedap tapi tak boleh makan banyak semalam dah full :p)
  • Aneka minuman panas dan sejuk (semalam ada Sirap letak nata de coco, air sarsi, teh panas)
  • Desert (alamak yang ni saya tak sempat nak ambil..tengok Ita makan macam best)
  • Aiskrim (macam2 perasa, Anna dan Ayu ambil saya tukang mengecek)
Sesiapa yang nak mencuba Pakej Buffet Ramadhan di Restoran Ubi Kayu boleh tengok info kat bawah ni:

Lokasi: 

Restoran Ubi Kayu
No. 3 Jalan Kebudayaan 1A,
Taman Universiti, Skudai, Johor.


Harga pakej:
Dewasa - RM19.90
Kanak2 - RM9.90.

Promosi:
Bagi setiap 5 orang dewasa yang datang akan diberi percuma untuk 1 orang dewasa.


For further information:
017-7711021  / 012-5954717

Lepas bergambar tu semua, masing2 bawa haluan sendiri. Saya dan En. Nazir kena hantar 3 orang anak dara yang sama2 dengan kami ni. Mula2 hantar Ita ke Larkin Sentral sebab dia nak balik KL. Lepas tu hantar Ayu dan Anna balik rumah Makcu. Ingatkan dah terus boleh balik rumah. Tiba2 kamarul call, big apple donut yang saya kirim dia lupa bagi. Kami pun terus ke Bukit Saujana nak ambil donut. Balik sempat lagi singgah Burger King drive thru tapau burger untuk sahur. Dah penat nak bercerita, semalam memang best berbuka ramai2 walaupun nikmat makan saya kurang dek serangan ulser huhuhu.

** Sedang menunggu kepulangan En. Nazir yang pergi berjumpa geng2 Jbee Klik dia kat Mc D Taman Sutera..mula2 tadi jual mahal tak nak kirim apa2.. sebab mengenangkan tak dapat nikmat makan sebenar.. tapi tiba2 tangan ni cepat je sms En. Nazir minta tapau GCB ngeh2 buat sahur.. kena tabah ni nanti makan dalam keadaan macam ni..hehehe (poyo)