Dari Dapur Hernee Nazir

Ramadhan Ke 18 - Berbuka Ala Kadar

Sunday, August 29, 2010

Oleh kerana kurang nafsu nak makan, berbuka pulak sorang diri dan yang paling penting malas nak keluar rumah untuk ke kedai, saya hanya memasak setengah periuk bubur dan ikan bilis tumbuk letak lada merah dan bawang. Kalau nak masak beria sangat pun sure makannya sikit, En. Nazir balik sah2 dah kenyang. 

Agak syahdu juga la rasanya semalam. Terus terngiang2 lagu raya Siti Nurhaliza..

"..sayuuuuu.. hati ini makin sayuuuu"

Ahhh poyo je, sila abaikan kepoyoan saya tu. Masa nak berbuka ni terfikir pulak. Ye la, kita tiap2 hari berbuka sedap2 cuba bayangkan orang2 kat Palestin tu entah2 puasa tak buka2. Jadi saya dengan redhanya makan je la apa yang ada. Dalam hati berkata "nasib ko la malas sangat nak pergi kedai".



Bubur putih bubur merah



Ikan bilis, bawang besar dan lada merah yang ditumbuk + garam sikit..



..nak tambah sedap, gaulkan sekali dengan kicap Cap Kipas Udang (minah kicap mana boleh hidup tanpa kicap di sisi..)


Main telan2 je. Nak kunyah lebih2 kang berlinang air mata bila terlanggar lidah huhu dugaan. Air pun minum air masak je tak ada sirap selasih, anggur cap double lion mahu pun oren sun quick yang menemani.




Big apple donut yang dikirim dengan En. Kamarul masih ada lagi. Semalam makan satu, hari ni makan suku. tak larat nak mengunyah. En. Nazir tak makan langsung sebab dia kata hari tu dia makan Alien tu dia pening kepala. Tak apalah tak kisah biar saya bedal semua. Rasanya kalau tak kena ulser dah selamat dah donut ni semua hehehe.

Alhamdulillah kenyang walaupun ala kadar. Lepas balik kerja En.Nazir keluar jumpa En. Kamarul dan belikan saya GCB. Pukul 1 lebih kami bersahur (mengunyah dengan mulut herot berot).

Ok lah, nak masak ayam berempah ni. Kalau tak kang repeat menu semalam pulak hehehe.


©Hernee Nazir – Rasa macam kurang masak pulak dah nak hujung2 puasa ni.. ohhh tidak..usaha memasak mesti diteruskan.. chaiyok2 Hernee.. :)

You Might Also Like

6 Th♥ught (s)

  1. sedap tu bubur klu aku x mabuk mesti wat sehari untuk berbuka tp tahun ni x berkesempatan nak memasak, dah macam Daneen lak ko ni xleh jauh ngan kicap..

    ReplyDelete
  2. bubur nasi tu makan ngan ikan bilis camtu panas2 sedapnyer kak.. terase ikan bilisnyer yang rangup2 tu... nyam2x...

    hajar pun dah ujung2 ni rase cam malas plak nak masak lagi plak dah buntu xtau nak msk menu ape dah... hu3x..

    ReplyDelete
  3. Mummy dasy>>gimme 5 la daneen..hehehe..ni bubur pemalas long..xde lauk2 lain de..

    ReplyDelete
  4. hajarus>>a'ah bukak selera jar..tu la akk pn dh pnat nk fkir menu apa..hehehe

    ReplyDelete
  5. sesekali makan sempoi gitu layan jugakkk..hehhe

    ReplyDelete
  6. burpppp...alhamdulillah...kenyang gak togok air suam ni...

    ReplyDelete

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!