Kehadapan, kebelakang, ke kiri, ke kanan, keatas dan ke bawah Mummy,

Di sini Ean ingin mengucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya in advanced untuk Mummy, Daddy, Cece dan Keke. Ean juga ingin mendapatkan penjelasan daripada Mummy sama ada Mummy akan berhari raya di kampung bersama Ean atau tidak. Ikutkan kata hati Ean, memang Ean nak berhari raya dengan Mummy tapi...



Ean rasa Ean nak berhari raya dengan Umi Long lah Mummy. Mummy setuju tak? Kalau Mummy setuju sila angguk2kan kepala, kalau tak setuju Mummy geleng2 ya. Ean bagi Mummy masa seminggu untuk berfikir, andai kata Mummy tak balik, Ean terpaksa melangkah pergi mengikut Umi Long berhari raya di Batu Pahat. Bolehkan Mummy?

Ean harap Mummy tak berkecil hati dengan Ean. Ini semuanya hanyalah ugutan mesra dari Ean untuk Mummy terchenta ;p




Akhir kata untuk Mummy yang berada nun jauh di sana.. terimalah bait2 lagu ini khas buat Mummy dan Daddy.



Duhai bonda duhai ayahanda
Dengarlah rayuan anakanda
Yang jauh di mata…
Tanpa ku sedari airmata ku mengalir
Terdengar ayat suci seruan takbir
Betapa daku gembira dekat di samping keluarga
Di pagi mulia hari raya
Kan ku sujud di kakimu bila kita bertemu
Kan ku cium tangan mu ku pohon restu
Oh maafkan daku kesalahan diri ku
Walau jauh di mata namun kau tak dapat ku lupa
Doa ku sepanjang masa agar kau bahagia
Ku pohon restu dari mu oh ayah dan ibu
Agar tercapai cita ku membela nasib mu
Kan ku sujud di kakimu bila kita bertemu
Kan ku cium tangan mu ku pohon restu
Oh maafkan daku kesalahan diri ku


"Pulanglah Ean merinduimu Mummy.. Ean menunggumu di Hari Raya.."

Yang benar,
~Rayyan Akasha Hiew~



©Hernee Nazir – Luahan hati Ean yang ditaip oleh Umi Long.. ;p