Dari Dapur Hernee Nazir

Saya Teringin Nak Ketam Masak Lemak Cili Padi.. Dia Teringin Sweet Corn ..

Thursday, August 19, 2010

.. ini cerita terkelendat, juadah berbuka  puasa hari ke 6. Masih lagi berbuka berdua, sebab En. Nazir masih bercuti. Saya pesan kat dia beli ketam. Kebetulan dia keluar, jadi dia menyinggah Kip Mart Tampoi beli ketam dan bahan2 yang lain, padahal kedai yang dekat ni ada je ketam hehehe. Balik kerja saya pun mengerjakan la si ketam yang 10 ekor tu. Selain ketam, lauk yang ada sayur kobis goreng bersama sohoon dan sambal belacan. Oh ya, saya sedang teringin nak makan sambal terung asam. Ada siapa2 kat rumah tanam pokok terung asam tak? Nak beli kat kedai tak jumpa la.

Inilah hasilnya Ketam Masak Lemak Cili Padi saya. Saya ni memang peminat ketam, apa lagi kalau Ketam Sambal lagilah suka.




Resepi boleh check kat sini ya >>Ketam Masak Lemak Cili Padi<< yang dalam resepi ni tak letak cili padi, tapi nanti pandai2lah tambah kalau sukakan kepedasan ya.

Jiran depan rumah pun beri nasi jagung lauk ayam masak merah. Menambah menu berbuka puasa kami hari tu.

Malam, En. Nazir request nak makan sweet corn pulak. Jadi untuk tak menghampakan saya buatlah sweet corn untuk bersahur. En. Nazir ni tak pandai sangat bersahur makan nasi. Start kahwin dengan sayalah baru dia terbiasa sikit2 makan nasi. Anak beranak kitorang ni sebenarnya memang tak boleh tak ada nasi time2 sahur.



Kalau nak cuba buat sweet corn boleh tengok sini >>Homemade Sweet Corn<<

Oh, resepi saya berulang2 digunakan hehehe. Apa nak buat yang tu lah makanan yang kami suka. Kekerapan masak benda yang sama tu memang tak dinafikan hehe.


 
©Hernee Nazir – Petang ni plan nak masak Siakap Stim.. dah janji dengan En. Nazir..harap2 ada la Siakap kat kedai tu kan..

You Might Also Like

2 Th♥ught (s)

  1. ketam? my favourite too tapi kite lagi suker ketam batu lah. ketam bunga isi dia sket lah

    ReplyDelete
  2. CikLilyPutih >>hehehe..kite smua ketam kite bedal..hehehe

    ReplyDelete

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!