Famous Amos Kat jb

Walaupun Saya Tak Cerita Pasal Nor Azita Osman, Tapi Blog Saya Dapat Tempias Sikit2..

Saturday, August 07, 2010

.. bila check keywords kat Nuffnang..

Akhirnya.. akhbar dapat menghidu.. :)

SENAI - Pelayar sebuah laman web sosial semalam dikejutkan dengan luahan berbaur penghinaan daripada seorang wanita terhadap negeri Johor.

Kenyataan wanita terbabit mencetuskan kemarahan rakyat negeri ini yang mahukan beliau memohon maaf secara terbuka.

Dalam laman sosial tersebut, wanita yang berasal dari Kulim itu meluahkan perasaannya pada 14 Julai dengan meletakkan status: “Ya Allah hinanya Johor Bahru nama je dekat dengan Singapura belum maju rupanya... baik aku duduk Kulim macam ni.” 

Difahamkan kisah luahan itu bermula apabila wanita tersebut yang sedang hamil mencari biskut jenama terkenal di Johor Bahru, bagaimanapun tidak menemuinya.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Johor, Md Jais Sarday ketika mengulas kejadian ini berkata, kenyataan seperti itu tidak sepatutnya dikeluarkan, apatah lagi ia menyentuh sensitiviti negeri dan rakyat.

“Penulis ini siapa, dia tahu ke apa pembangunan yang berlaku di negeri ini? Kalau dia nak persoalkan pembangunan di sini, apakah sumbangan beliau terhadap negeri? Kita berbangga dengan Iskandar Malaysia, dalam masa 10 tahun akan datang Johor akan berubah, jangan sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan sebegitu.

“Kita tidak boleh bergurau dengan perkara sebegini,” katanya.

Sinar Harian turut mendapatkan reaksi awam yang rata-ratanya mahu wanita tersebut membuat permohonan maaf secara terbuka.

Pekerja swasta, Amril Aron, 31, menyatakan rasa terkilannya terhadap kenyataan itu.

“Beliau tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan terhadap apa pun ketidakpuasan dalam laman sosial secara terbuka, ia tidak boleh diterima kami sebagai rakyat Johor,” katanya.

Eksekutif Pemasaran, Hairun Nisa Syed Esa, 23, berkata, kenyataan sebegitu melihatkan keperibadian dan kecetekan ilmu seseorang.

“Saya terkilan dengan kecetekan pemikiran individu seperti ini. Beliau patut memohon maaf kepada seluruh rakyat Johor.” katanya.

Sementara itu, Yahya Kiprawi, 31, berkata, beliau menghormati pentadbiran dan negeri Johor walaupun bukan berasal dari negeri itu.

“Walaupun bukan anak kelahiran Johor, namun saya mencari rezeki di sini, dan saya menghormati negeri, pemimpin dan penduduk Johor. Walaupun mungkin hanya gurauan, namun kenyataan menghina ini tidak boleh diterima pakai,” katanya.

Bagi kakitangan kerajaan, Surahati Abu Hassan berkata, beliau menganggap kenyataan sebegitu tidak sepatutnya dibuat memandangkan ia bersifat kenegerian.

“Laman web sosial bukan tempat meluah perasan, tidak perlu sebut perkataan tak elok. Minta minta maaf dengan terbuka, sememangnya hati rakyat Johor sudah terluka,” katanya.

Sinar Harian berusaha untuk menjejaki wanita tersebut di laman sosial terbabit, namun akaun penama sudah ditamatkan.


Credit to: Sinar Harian


*****Pendapat saya yang terlewat meluahkan pendapat*****

Selama ni hanya membaca di fb dan blog2 orang lain. Tak terluah pula dalam blog sendiri hanya mengomel depan En. Nazir dan kawan2 je. Entahlah macam2 sekarang ni kan. Ada kemudahan semuanya disalah gunakan. Lain kali nak keluarkan statement fikir2lah dulu. Jangan kerana benda yang remeh temeh, kerana famous amos glamour satu dunia. Saya pun tak setuju dengan statement makcik ni. Tak sepatutnya dia cakap macam tu, menyentuh isu sensitiviti negeri dan kami rakyat Johor. Kot ye pun tak jumpa takkanlah sanggup cakap JB ni hina ye tak. Kesian2 banyak je famous amos kat sini makcik oi. Harap2 lepas ni jadi iktibar untuk semua. Tapis dulu apa yang saja statement yang nak kita keluarkan. Bagi yang lain2 tu hentikan la caci maki. Orang Johor kan baik2 belaka :) Doakan je makcik ni insaf, lambat laun ada balasannya tu nanti.


©Hernee Nazir – Nama Amril Aron yang saya boldkan merah tu macam saya kenal. Rasanya dia je lah orang yang bernama Amril Aron yang pernah saya jumpa. Kalau betullah orangnya, tu budak HR, PTP ni merangkap jiran tetangga saya. Mungkin Encik yang bawa kereta Sinar Harian yang seblok dengan kitorang tu yang interview dia kot :)

** Saya pun sekarang rasa sangat2 berhati2 nak keluarkan statement dalam fb sebab kadang2 statement kita tu tujukan pada orang lain tapi ada pula orang lain yang terasa. Kadang2 tu orang yang tak ada kena mengena tiba2 bagi komen yang melulu tanpa usul periksa. My BFF korang mesti fahamkan.. hanya korang yang memahami :)

You Might Also Like

8 Th♥ught (s)

  1. kan...mcm la takda biskut lain kat johor..kan dah kena shoot..

    astaga....

    biar DIA sentap dgn kita selama2nya, ada kita kisah?? lantak..bknnya kita yg add dia pun...

    ReplyDelete
  2. bahaya.. ehehehe.. nk buat statement camtuh boleh mengundang malu

    ReplyDelete
  3. Tu namanya takde adab dan kepala hotak. Sebab otak dia letak kat lutut. Apa kelas la Famous Amos tu untuk dijadikan benchmark kemajuan satu2 negeri. Cetek betul pemikiran dia.

    ReplyDelete
  4. tak puas hati betul dgn pompuan tu..selamba dek je kutuk negeri kelahiranku...

    sbb biskut ko dah kene sumpah seranah satu malaysia..padan muka pompuan tu

    ReplyDelete
  5. itu hari dia nak beskot famous amos, xdpt. skrg apa dia dpt? jadi famous! ok la tu

    ReplyDelete
  6. hehehe...
    maybe dia silap perkataan kot... tak pasal2 masuk paper ek? siannn...
    moga2 dia dimaafkan oleh org2 johor..

    ReplyDelete
  7. hahaha bkn ketawakan hakak tu tp statement last tu...

    ReplyDelete

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!