Family

Beraya di Peradin, Kampung Arwah Mak

Friday, September 24, 2010

..sambung lagi..

Hari raya ke 5, meneruskan perjuangan beraya ke Peradin, Teluk Kerang Pontian kampung arwah Mak. Sehari suntuk kami kat sana. Banyak rumah yang kami pergi tapi snap gambar kat satu rumah je yang lain memang tak sempat sebab kepenatan melanda.

Ni masa kat rumah Kak Midah, anak sedara Mak. Dia memang rapat dengan arwah Mak. Kalau datang sini memang kami lebih lama lepak di rumah dia. Masa kami sampai dia agak sedih, mungkin sebab selama ni mesti datang dengan arwah Mak, sekarang anak2 je yang datang.




Sempat bergambar dengan cucu dia yang comel ni. Geram tengok budak comel sorang ni. Kalau dekat confirm dah kena kidnap dengan saya ;p

Lepas habis ronda rumah sedara mara kat sini, saya terus bergegas ke Pontian Besar, menziarah Mak Gayah dan Pak Kassim guru mengaji saya dulu, ex-jiran dan juga mak ayah kawan baik saya Nooreha. Dah lama gila tak jumpa, rasa sedih sangat tengok keadaan diorang. Dua2 pun dah tak sihat. Mak Gayah mungkin tak kenal saya lagi. Dah tak boleh berbual macam dulu. Insya'Allah kalau ada masa balik Senggarang lalu sini, saya nak menyinggah lagi.


©Hernee Nazir – Bulan2 yang memenatkan :(

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!