Sambung lagi cerita raya..

Malam raya ke 4 saya baru sampai Gelang Patah. Ohhh, jalan di mana2 pun jam gila. Saya hanya mampu memberikan komitmen terbaik untuk pemandu di sebelah dengan tidak menidurkan diri sepanjang perjalanan selama beberapa minit sahaja. Selebihnya, buka2 mata tengok dah sampai Pekan Nenas hehehe. Ampun En. Nazir memang penat gila rasanya.

Sampai je terus tuju rumah Mak, ambil Anna, Farid dan Ummi  menuju ke rumah Aunty Kasmah kat Pulai View. Ayu tak dapat ikut sebab maklum le, kereta tak muat hehehe. Dia pergi hari lain je la. Oh ya, adik saya Farid beraya bersama2 kami tahun ni.

Layankanlah gambar2 kami..



Farid.. Saya.. Ummi dan Datin Anna.. ;p

Farid kata.. Kak Ngah.. kayak istri presiden.. hehehe


Kami berdua.. ;)



Kami dengan Aunty..



dengan Aunty lagi..



Tangkap lentok sekejap ;p



Serius la pulak ini mamat.. ;p



Kak Long dan Farid Fathullah..



Kak Long dan Istri Presiden ;p


Saja suruh En. Nazir snap gambar deko2 rumah Aunty. Saya memang suka tengok, Aunty ni boleh dikatakan pandai jugalah bab2 mendeko rumah. Semuanya nampak sesuai dan kena pada gaya. Aunty saya ada kedai bunga tau kat Pekan Rabu. Sesiapa yang terpergi ke sana bolehlah jengah2 kat kedai tu. Sebut je nama saya, confirm dapat diskaun hehehe pandai je.






Masa kami sampai ni adik beradik dan sepupu sepapat Aunty ada datang. Memang hari ni dia masak2 tapi bukan open house. Jadi ramai le tetamu yang datang. Menu malam tu, nasi tomato, ayam masak merah apa lagi entah lupa pulak hehehe. Tak sempat snap sebab khusyuk makan dan yang penting ayam masak merah tu pedas gila sampai rasa telinga nak meletup ;p

Lepas makan2 lepak2 sekejap sambil tunggu ayah yang belum sampai2. Tak sanggup nak tunggu lama2 kami pun teruslah balik.


©Hernee Nazir – Banyak lagi entri pending.. gambar dah berlambak..nampaknya terpaksa ambil gambar yang mana penting je la.. hehehe~