Salam Raya :)

Update ringkas sebelum mata terpejam.

Seminggu menyepikan diri dari dunia blogging. Raya kali ni saya tak sihat. Mula asalnya, last day puasa saya dah batuk dan selsema. Rasa hari tu memang tak larat betul dengan cuaca panasnya. Selalunyalah kalau dah ada kombinasi dua penyakit ni, saya confirm terus demam. Tapi alhamdulillah, masih boleh bertahan lagi. Sampai masa Raya ke 6 dah gedebum terbongkang demam. Dugaan di Hari Raya. Maka plan nak beraya pun terhentilah. Hari ni dah ok sikit, batuk dan selsema belum habis lagi ada saki baki lagi ni. Harap2 saya sihat macam biasa, Isnin dah nak start kerja. Rasa malas jangan ceritalah, dah cuti lama ni rasa best duduk rumah hehehe.

Semenjak dari 2 hari sebelum raya, saya dah stay rumah mak, lepas tu balik beraya di Batu Pahat dan balik semula ke rumah mak, baru tadi saya menjejakkan kaki kat rumah sendiri. Jarak rumah dekat, jerit pun boleh dengar *tipu* lagi pun saya kan wanita nomad hehehe. Sekejap rumah sendiri, sekejap rumah mak. Dah biasa sangat sejak mak ada lagi. Tadi Kak Long, kakak En. Nazir datang beraya ke rumah sempatlah buat Mee Hoon Soto simple2. Terpaksa cancel program nak beraya ke rumah Mok De dan ke open house Mummy Dasy. Sempat juga sms diorang minta maaf dah janji tapi tak dapat datang, nasib baiklah diorang faham musim2 raya ni. Minggu ni pulak En. Nazir kerja malam, jadi nak plan beraya waktu malam memang tak dapat le. Nak beraya siang lama2, confirm dia tak cukup tidur nanti kesian pulak. Tunggu masa dia cuti atau pun kerja siang baru boleh settlekan beraya ni.

Oklah, nak menidurkan diri, lagi pun nak bagi peluang Che Ayu ni online puas2 hehehe. Esok nak ke rumah Pok Teh untuk majlis tahlil arwah Tok Mok. Next entry semestinya entry beraya saya dan keluarga.


©Hernee Nazir – Insaflah wahai manusia jika dirimu bernoda.. Dunia hanya naungan 'tuk makhluk ciptaan tuhan..