Frenz

Iftar di Puteri Pan Pacific Hotel

Monday, September 06, 2010

Kisah hari Jumaat, baru nak diceritakan hari ni sebab mood nak update blog sangat kurang. Serius. Blog ke FB ke dua2 pun saya malas nak layan akhir2 ni. 

Hari Jumaat berbuka beramai2 dengan officemate tajaan Seri Mukali di Puteri Pan Pacific Hotel . En. Nazir tak ikut sebab kami tak sama department, jadi jemputan hanya untuk department saya saja. Kalau dia tak ada, maknanya tukang ambil gambar pun tak ada. Jadi tengokkan je la gambar2 yang saya si tangan tak bedung snap ngeee~ Gegar2..gelap2 sambil gigil2 snap. Upload dalam fb kena komplen dengan En. Nazir ;p

Kami sampai agak lewat sikit, sikit je tak banyak. Azan dah berkumandang kami masih dalam kereta tengah mencari tempat nak parking. Sampai2 orang semua dah asyik melantak.

Terus mencari tempat, dan mensurvey makanan. Antara yang terselamat masuk perut ;)









Makanan alhamdulillah sangat mengenyangkan. Rasa pun menusuk kalbu sedapnya ;p Bukan semua yang di atas habis disumbat ya. Ada yang share ramai2.

Geng2 yang pergi..



Ita, Nazam dan Wan..



Ema, Ita lagi.. dan Kak Intan..



Saya dan Ita.. aeh berapa banyak Ita daaa..



..dan yang ni ramai2..saki baki..


Puasa masih berbaki 4 hari termasuk hari ini, jadi sesiapa yang belum mencuba dan ingin mencuba di Puteri Pan Pacific Hotel bolehlah mencuba RM 82++ per pax. Kalau teringin boleh pergi, kalau yang tak teringin duk berbuka kat rumah je la ya.


©Hernee Nazir – Malam ni baru nak mencari baju dan kasut raya untuk kami :)

You Might Also Like

4 Th♥ught (s)

  1. sempat lagi hernee..nak cari baju raya..
    alongnya last day posa kang baru cari.dia bz sokmo ..

    ReplyDelete
  2. atty's>>tu le kak..x smpat langsung nk menjengah cari bju..

    ReplyDelete
  3. adus sedapnya...selamat berjaya la yer membeli belah, takut ramai pulak...:)

    ReplyDelete
  4. Kancilbiru >>tu le..cnfirm msh rmai yg last minute shopping..

    ReplyDelete

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!