Hari Raya Aidilfitri

Memborong Kerepek.. Di Mana Lagi Kalau Bukan Di Salleh Foods Supplier

Monday, September 06, 2010

Satu lagi entri keciciran. Hari Merdeka punya cerita balik kampung. Tujuan utama nak beli kerepek untuk raya. Tahun ni En. Nazir malas nak jadi saudagar kerepek. Tapi siapa yang nak mengirim especially customer2 lama dia tetap jual.




Masa lalu Rengit, tengok kat Azhar Foods orang mak oiii ramai gila. Dah macam ada majlis kenduri kahwin. Sekali pergi Salleh Foods pun sama juga. Kat dalam orang dah ramai gila, jadi kesempatan nak snap gambar kat dalam memang tak ada hehehe.




Ni je yang sempat diborong untuk rumah sendiri, rumah mak dan customer yang membeli.




Muat2 la. Kalau tahun lepas kita yang dalam kereta pun macam kena timbus kerepek hehehe. Siapa datang beraya rumah saya banyak makan kerepek je la nanti. So far saya baru sempat buat popia gunting je. Nak buat Cornflakes Madu semalam tapi harapan hancur belaka, pergi kedai banyak stok dah habis. Nak mencari kat kedai lain malasnya lebih. Stok yang ada cuma susu dan madu je. Tengoklah kalau ada kekuatan dan kesempatan ujud la Cornflakes Madu tahun ni hehehe.




©Hernee Nazir – 4 hari saya bercuti blogging rupanya tengah hangat cerita mengenai Iklan Promo Raya TV3 yang saya baca di blog Cikgu Dahlia. En. Nazir ada beritahu saya hal ni semalam. Dah kena banned rupanya iklan ni. Macam2 ek.

You Might Also Like

9 Th♥ught (s)

  1. perghh..byk siot bli kerepek nie..hmmm

    ReplyDelete
  2. same laa kita.. akak beli kerepek je tahun ni... biskut satu jenis jaa.. tk buat pun.. dapur cuti.. hehehe..

    **ouh, kerepek akak from AZHAR Foods tu.. kawan kat kilang jual**

    ReplyDelete
  3. wak kat mana tempat jual kerepek tu...?

    ReplyDelete
  4. lailasani >>gimme 5 kak..same la..wat 1 je..popia gunting..hahaha..sy jrg ke azhar foods dh biase ngn salleh foods..hehehe

    ReplyDelete
  5. shay>>kat batu pahat, area parit kemang..

    ReplyDelete
  6. Erk...tak pernah dengau pun Azhar Foods dan Salled Foods ni? Nama je dok johor akak ni

    Hernee....akak nak ucapkan Selamat Hari Raya utk Hernee sekeluarga. Maafkan akak kalau ada terkasar bahasa sepanjang mengomen kat blog Hernee ni. Kalau ada rezeki, nak jugak akak jumpa kau hari raya ni...

    ReplyDelete
  7. ... hai kempunan lah nk mkn kerepek rayer nih.. tba2 jer teringatkan lagu aishah... "Janji Manismu...!" Peace!!

    ReplyDelete
  8. Blh x mtk alamat penuh azhar food

    ReplyDelete

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!