Family

Si Kembar Yang Melekat Dengan Pakcik

Wednesday, September 22, 2010

Kisah beraya di rumah saudara mara di Senggarang. Kebetulan terjumpalah sepupu En. Nazir sekeluarga yang ada sepasang anak perempuan kembar  tak seiras ni.



Yang kanan Kakak (Tasnim) yang kiri adik (tak ingat nama maklumlah jumpa setahun sekali ;p)




Sudah kubilang.. saya memang suka tengok budak kembar. Suka sangat lagi2 kalau yang kembar seiras. Keturunan En. Nazir memang ramai pasangan kembar. Mana tahu rezeki kami  suatu hari nanti dapat kembar hehehe. Berangan lebih je si Hernee ni dapat sorang yang sihat walafiat pun dah bersyukur.

Si kakak sangat serasi dengan Pakciknya. Tak nak berlepas langsung. Masa nak beraya ke rumah Kak Andak pun dia tak nak naik kereta ayah dia. Dia nak naik kereta Pakcik juga, siap nak ikut balik lagi.

Saksikanlah kemesraan mereka berdua.. :)







Mama dia panggil pun dia buat derrrrkkk je. Bila Mama dia nak balik dia tetap tak nak berlepas dengan Pakciknya. Ikut hati kalau rumah dekat memang dah pinjam bawa balik hehehe. Tapi diorang tinggal kat KL, kang bawa balik Gelang Patah tiba2 nangis haru biru jadinya hehehe.

Pujuk punya pujuk semua tak menjadi, last2 Mama dia dukung je bawa masuk kereta. Dalam kereta Tasnim nangis2 nak ikut Pakcik. Alahai kesiannya. Nanti kita jumpa lagi ya kakak.

Maka Pakcik pun bertambah kembang kuncup bila ada "peminat kecil" hehehe.


©Hernee Nazir – Sakit tekak tak baik2 lagi.. tu la semalam sedap sangat bedal teh ais.. padankan muka.. hehehe~

You Might Also Like

4 Th♥ught (s)

  1. alahai bestnye aek klu dapat kembar..ape pun bersyukur skang ni..

    ReplyDelete
  2. Mummy Dasy>>long yg kt dlm tu sorg ke bdua?hehehe

    ReplyDelete
  3. bestkan kak lau dapat anak kembar... tp hajar same la cam akak lau dapat sorang dulu pun dah syukur sangat... moga2 rezeki kita.. Amin...

    ReplyDelete
  4. hajarus>>tu la jar..kte doa byk2 ek..kalo hajar ade ape2 ptua share le ngn akk..hehehe

    ReplyDelete

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!