Favvy

Dalam Diam.. Saya Pun Minat Dia ;p

Friday, October 22, 2010

..minat siapa? Bukan minat si penghantar parcel ini ya. Dia tu saya tak minat. Harap maklum hehehe. Peace Dot!




Masa dia minta address saya, saya dengan sengajanya menaip 'PUAN SRI DR. HERNEE SAMSHUDIN'. Tak sangka pula minah yang poskan ni tulis betul2 kat envelope tu hehehe. Semalam En. Nazir yang terima bungkusan ni dari posmen. Dia cerita, posmen dah la mengendang pintu rumah macam nak roboh. Bila dia keluar je bermulalah perbualan dia bersama posmen.

"Ni alamat betul ke?"

"Betullah.. ni alamat rumah saya"

"Lain kali tulislah nama betul2"

"Betullah tu nama isteri saya"

Posmen diam dan terus memberikan bungkusan tersebut pada En. Nazir. Mungkin dalam kepala otak dia, "Berangan sungguh nak jadi Puan Sri Dr. isteri mamat ni kan" ke dalam hati dia "Uisyhhh.. biar betul isteri mamat ni Puan Sri Dr." hahahaha. Itu semua ramalan saya ngeh2.

Saksikanlah.. inilah t-shirt orang yang saya suka lagu2nya itu. T-shirt masa showcase dia hari tu. Puan Cdot tolong belikan untuk saya dan Mummy Dasy.



Pandangan depan..



Pandangan belakang..

Mula2 nak belikan En.Nazir, sekali dia jawab "Abang rasa cam malu la nak pakai" hahahaha. Jadi saya belilah untuk diri sendiri. Saja2 je. Entah bila la tu nak pakainya. Saiz L pulak tu... "Oi Dot.. u ingat i gumuksss sangat ke? ha? ha?"

Btw, thanks ye Puan Cdot. Jasamu ku kenang walau orang lain tak kenang ;p

Bukan saya je yang suka lagu2 Maher Zain, En. Nazir pun sama. Minggu lepas siap buat sesi berduet bersama sambil tengok lirik kat rumah. Pasang cd kuat2 menyanyi berdua ngeh2. Oklah nak stop, nanti sambung cerita yang mengHOTkan saya semalam petang. Huh!



©Hernee Nazir – Lapooooooooo..lambatnya diorang ni balik masjid..bau tomyam dah menyucuk2 dalam lubang hidungku~

You Might Also Like

9 Th♥ught (s)

  1. hehe lawak la.. pas ni nak try la.. agak2 terperanjat beruk ke tak si mr.posmen tu ek.hehe

    ReplyDelete
  2. wah...ni yg menjeles ni. rezeki lah tu....

    ReplyDelete
  3. Intan Berlian>>hehe try la..klau posmen tu x mmbebel xpe..ehehehe

    ReplyDelete
  4. u hengat i tak berani ke nak tulis nama u mcm tuh...

    posmen tu sengal!!


    tima kase je ke??ke??? ke???

    ReplyDelete
  5. Cdot tu sewel L tu size I.... ingat nak belikan Daneen coz dia minat tp lagu Insya'allah kang laki aku meroyan plak aku anak banak pki tee MZ ni..

    ReplyDelete

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!