Family

Majlis Tahlil Arwah Di Rumah Pok Teh

Friday, October 01, 2010

Saya tak ingat ni masa hari raya ke berapa. Hilang ingatan sekejap :) Sebenarnya malas nak mengingat. Majlis lepas solat Zuhur, tahlil untuk arwah Tok Mok dan arwah2 keluarga yang lain termasuk arwah Mak. Tak banyak gambarlah masa ni.



Inilah Pok Teh saya.. adik lelaki bongsu ayah.. bulan ni birthday diorang..
Ayah dan Pak Long 101010.. Pok Teh 131010..



Si Dania si mata bulat ni ha. Geram sangat tengok. Actually, ada cerita sedih keluarga Dania sempena raya ni. Kesian diorang, masa on the way nak balik Johor dari Terengganu diorang terlibat dengan kemalangan jalanraya. Nasib baik tak ada apa2 yang serius cuma kereta je yang teruk dan Umi Dania terpengsan sekejap.



..with Dania



Nilah Umi Dania.. sepupu yang sebaya dengan saya..



Ini pula Ijul and family. Ijul pun baru je ditimpa kemalangan jalanraya. Tak sempat lagi nak menjengah maklumlah En. Nazir dah start kerja malam susah sikit nak ajak bergerak. Katanya Ijul patah kaki. Dugaan untuk dia.

Oklah itu je nak story mory, ada saki baki sikit lagi ni cerita raya. Nanti rajin saya update.


©Hernee Nazir – Hari2 pun ada je orang yang membuatkan saya jadi mual :(

You Might Also Like

4 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!