Happy 2nd Wedding Anniversary to my beloved hubby.. Mohd Nazir Mahat..
[18 October 2010]


Untuk suami tersayang..

Terima kasih kerana masih setia dan sabar melayan kerenah saya. Terima kasih kerana masih menerima saya seadanya. Terima kasih kerana telah memberikan saya sebuah kehidupan yang sempurna.  Terima kasih kerana menyayangi saya yang serba kekurangan ini. Terima kasih kerana sentiasa berada disisi saya  ketika susah mahu pun senang. Terima kasih kerana sentiasa memberikan sokongan dan dorongan untuk saya lebih maju dalam kehidupan. Terima kasih kerana tak pernah jemu membuatkan saya tersenyum. Terima kasih kerana sudi mengenali siapa Hernee yang sebenar2nya. Terima kasih kepada Allah yang menemukan saya dengan Mohd Nazir Mahat.

Maaf andai diri ini belum pernah membahagiakan. Maaf andai diri ini masih lalai menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan. Maaf andai diri ini pernah mengguris hati dan perasaan. Maaf andai ada perlakuan yang menjengkelkan. Maaf.. sesungguhnya saya masih serba kekurangan dan akan terus berusaha memperbaiki segala kelemahan. Ampunkan segala salah dan silap.

Semoga mahligai yang dibina akan sentiasa dirahmatiNya. Semoga jodoh kita berkekalan hingga ke akhir hayat. Insya'Allah. Semoga suatu hari kita akan dikurniakan anugerah yang tak ternilai penyambung zuriat. Pedulikan segala kata2 orang di belakang mahu pun di depan kita. Apa yang penting kita tahu siapa diri kita sebenarnya. Setiap apa yang berlaku dalam hidup kita ini ada hikmah yang tersembunyi. Allah merancang sesuatu yang terbaik untuk kita. Kalau bukan hari ni, mungkin esok. Hanya Dia Yang Maha Mengetahui segala sesuatu.

Semoga Allah mengampunkan dosa2 kami, kedua ibu bapa kami dan seluruh kaum Muslimin dan Musliman dan menjauhkan kami dari fitnah dan perasaan hasad dengki. Amin Ya Rabb.


..sekadar luahan rasa dari seorang isteri..
181010 @ 1200 hrs


©Hernee Nazir – Pejam celik pejam celik dah masuk dua tahun usia perkahwinan kami. Rasanya usia sebegini masih terlalu mentah lagi untuk kami. Banyak lagi cabaran dan dugaan yang akan kami tempuh pada masa akan datang. Doakan jodoh kami berpanjangan hingga ke akhir hayat dan dikurniakan cahayamata penyambung warisan. Amin.