Pengenalan kepada watak utama:

Pakcik - seorang  jiran setaman  yang merupakan kawan-TAK-BERAPA-RAPAT ayah saya. Dia ni memang suka cari pasal. Anak dia, pernah tuisyen dengan saya. Satu je saya puji, anak dia memang budak yang baik. Adik dia pulak ex-student saya. Siapa yang terbaca sila jangan cari siapa orangnya ;p

**Tamat sesi pengenalan**

Setiap kali jumpa saya dia mesti akan tanya.. (dialog yang sama2..ulang setiap kali jumpa sampai bila pun tak tahulah) 

"Ko ni anak Sam kan?"

Itulah ayat feveret dia nak mulakan perbualan dengan saya.

"Oh pakcik.. i dah muak dengan ayat ni.. sila tukar ayat lain.. dan sila ingat muka saya plissss"

Nak dijadikan cerita, hari Khamis lepas balik dari kerja saya terus singgah ke kedai. Nak cari bahan2 nak masak. Tengah2 duk memilih ikan saya nampak pakcik ni dengan isteri dia sampai. 

Dalam hati..

"o..ooooo"

Sebolehnya saya buat2 tak nampak, sebab kalau buat2 nampak dan buat2 peramah pakcik ni confirm jadi over. Serius weh. Dia memang tak boleh dilayan.

Saya pun buat2 dunno.

"Lantak ko lah pakcik nak kata aku sombong"

Saya terus mengais2 ikan, mencari ikan yang terbaik dari laut. Sekali ikan yang ada semuanya dah patut terima hukuman 'dibuang semula ke laut' daaaa. Terus je saya pilih ayam. Belilah sebelah siap suruh mat indon tu potongkan sekali. Sambil2 tu terdengar juga suara pakcik tu pung pang pung pang pok pek pok pek berbual dengan tuan kedai.

Dan saya terdengar juga dia memperli isteri tuan kedai.

"Huh.. mak dia ni nak kurus.. anak dibiarnya gemuk"

Uhuk2.. tersedak dalam hati. Pakcik sungguh laser mulutmu. Agak berdesing jugalah telinga kakak itu. Tapi dia sekadar tersenyum je. 

Lepas ayam dah siap dipotong2, saya pun letaklah atas kaunter dan meneruskan niat nak mencari sayur pulak. Kat mana lokasi pakcik tu? Oh, pakcik tu sebelah kaunter tengah pok pek pok pek lagi. Tiba2 dia terus menegur saya. Ayat yang sama hokey..

"Ko ni anak Sam kan?"

"A'ah" ringkas je jawapan saya sambil berlalu ke tempat sayur dengan harapan perbualan tamat di situ.

"Kenapa ko GEMUK???" GEMUK.. GEMUK.. GEMUK.. GEMUK.. (bayangkan itu suara yang  kuat dan bergema2 ye kawan2)

Pangggggg!!! Rasa bagai ditampar2. Pakcik.. pakcik memang nak cari pasal. Saya terus berpaling..

"Sebab saya cukup makan!"

"Ohhhhhh.. selama ni awak tak cukup makan?"

"Taklah memang sepanjang hidup cukup makan ayah mak bagi.. kali ni ditambah pulak hati senang"

..dalam hati "pakcik!! i hate u foreverlah!!" :p

Saya terus buat2 sibuk pilih sayur dan pakcik itu terus mengomel dan berlalu pergi. Rasanya masa tu macam saya nak ambil segumpal cili padi dan nak tenyeh kat mulut joyah dia tu. Wahai pakcik, tidakkah pakcik perasan, saiz isteri pakcik itu? Rasanya 2 kali ganda dengan saya. Serius tak tipu. Itu pun pakcik nak kata saya gemuk. Kot ye pun pakcik nak bergurau, tak payah le cakap menjerit2 macam orang hilang akal. Masa saya berpaling kat isteri dia, saya nampak muka isteri dia berubah mungkin segan dengan perangai suami. 

Pakcik2 kenapalah busy body sangat. Kuruskan bini pakcik dulu baru kutuk saya ya. Saya ni baru je 52kg belum tahap obesiti lagi pakcik oi. Mungkin dulu memang saya kurus kering, saya sedar tu. Kena tiup angin pun saya boleh melayang, nak cecah 50kg pun seksa. Sekarang bagilah saya peluang menjadi orang berisi ya.

Lepas ni kalau jumpa lagi tak tahulah apa lagi modal dia nak berbual dengan saya. Memang kena 'fire' balik la, mana mungkin saya biarkan mulut dia menjoyah lagi2 kalau pasal family saya. Memang saya jawab dengan selamba. Pernah sekali dia tegur saya..

"Aeh bapak ko mana lama tak nampak?"

Saya menjawab dengan fakta yang betul "Ohhh..ayah saya ada kerja kat Negeri Sembilan, seminggu sekali baru balik"

"Oooo.. patutlah dah lama tak nampak, ingatkan dah kahwin lain"

"Aeh, biarlah kalau dia nak kahwin 4 sekali pun kalau dia mampu, mak saya relaks je tak marah pun"

Saya terus blah dari situ. Entah apa2lah pakcik ni. Dah kurang pekerjaan agaknya. Kalau tak ada kerja nanti saya suruh ayah saya bagi pakcik kerja ya. Bila saya cerita dengan ayah saya, ayah saya gelak je. Dia kata dia tu memang macam tu jangan dilayan.

Betullah, orang macam ni memang tak boleh dilayan. Kalau kita layan kita tak ubah berperangai macam dia kan. Banyak2 bersabar je la. Mulut orang mana boleh tutup. Esok2 dia dah penat dia diam. Sekarang ni kita biarkan dia menjerit2 sorang2 hehehe.

Itulah ceritanya. Next time nak bekal cili bawa berjalan kemana2 hehehe~


©Hernee Nazir – Fenatlah bercerita pasal pakcik ni.. :) Yang penting.. sekarang kalau ada yang kata saya gemuk, jawapan saya senang "Suami saya bagi cukup makan!" ok tak??? hehehe~ apa pun saya bahagia dengan hidup saya sekarang.. syukur kepada Allah and thanks untuk family tersayang!

[auto publish]