Hari ni boss cuti, boss saya chinese tapi tak tahulah kenapa cuti Deepavali ni dia ambil awal. Mungkin dia nak sambut secara besar2an tahun ni agaknya. Sangat best bila boss cuti. Seriuos! Rasa bebas aman merdeka hehehe~ matilah kalau rusuk kiri dan rusuk kanan boss terbaca ;p

Kiranya hari ni kitorang cuti untuk public holiday lebih awal seharilah hehehe. Yeeehaaaa..

Tapi yang musykil lagi meragukan ni..

Kenapakah saya terdengar suara dia ketawa????

Sebijik sebijon suara dia.. 

Huwaaaaaaaa... kenot2.. Dia tengah bergumbira kat rumah ke kat manalah saya tak tahu, yang penting dia memang tak ada kat dalam office. Siapa pulaklah pandai2 tiru suara dia ni?? Ke dia rakam suara dia ketawa and letak dalam bilik, setiap kali berapa minit suara ketawa keluar so that staff dia akan terasa yang dia ada dalam office. Oh~ mendalam sungguh imaginasi saya pagi ni.

Dah2 sambung buat kerja dalam keadaan santai.



 gambar lama.. :)


©Hernee Nazir – tengah fikir2 mahu makan di mana??? ;p