Slot Akasia Seribu Kali Cinta TV3

Slot Akasia Seribu Kali Cinta @ TV3

Tuesday, November 23, 2010

Tak tahulah kenapa.. saya terlayan drama terbaru Slot Akasia Seribu Kali Cinta yang mula ditayangkan 15 Nov 2010 setiap hari Isnin-Khamis jam 6.30 petang. Semalam pun kebetulan cuti, terlayan juga. Barisan pelakon drama ni ialah Kamal Adli, Intan Ladyana, Marsha, Abu Bakar Omar, Rozie Othman, Cat Farish, dan Nor Kairiah.

Susah jugakan kalau kena Amnesia ni. Semua benda yang kita buat kita tak ingat. Uissyyhhh bahaya tu dan kesian juga kat orang sekeliling kita. Minta dijauhkan. Amit2~




Ok, ini sinopsisnya:

Nizam (Kamal Adli), seorang jejaka yang tidak pernah serius dalam percintaan. Dia mempunyai ramai teman wanita tetapi masih belum dapat menentukan mana satu calon isterinya. Atas desakan orang tua yang mahukan dia berkahwin dengan Huda (Marsha), Nizam telah membawa diri ke Pulau Aman. Di sana, dia telah jatuh hati dengan Miasara (Intan Ladyana) seorang gadis yan peramah dan mesra melayan kanak-kanak.Nizam diuji dengan pelbagai dugaan kerana Miasara mengalami sindrom Amnesia. Apa yang dilakukan pada hari ini, akan dilupakan pada keesokkan harinya. Justeru, Nizam hanyalah seorang yang tidak dikenali bagi Miasara apabila menjelang pagi esok. Mungkin itu adalah balasan bagi Nizam yang selalu mempermainkan perasaan cinta pada masa lalu.Nizam bertekad untuk mencintai Miasara dengan sepenuh hati walaupun dia perlu melafazkan seribu kali cinta kepada gadis idamannya. Bagi membantu memulihkan ingatan Miasara, Nizam merakamkan aktiviti bersama Miasara. Miasara terharu dengan kesabaran Nizam namun keadaan Miasara tetap tidak berubah.Ayah Nizam, Hisyam mendesak Nizam supaya pulang ke Kuala Lumpur bagi menguruskan syarikat. Baginya Nizam masih belum matang dan serius dalam hidup. Ibubapa Miasara juga tidak yakin dengan hubungan Nizam dan Miasara lalu menasihati Nizam supaya melupakan hasratnya untuk berkahwin dengan Miasara. Namun. Nizam tidak sanggup meninggalkan Miasara dan dia yakin dengan naluri hatinya serta menyayangi Miasara. Apakah Nizam sanggup memikul tanggungjawab sebagai seorang suami yang perlu melayani kerenah isteri yang akan melupakan dirinya setiap pagi?? Setiap hari Nizam perlu mengulangi perbuatannya bagi memenangi hati Miasara. Dia amat mengharapkan dapat melihat senyuman manis dan teguran Miasara pada setiap pagi dan bukannya takut, binggung dan kalam kabut.

Kalau ada kesempatan saya teruskanlah sampai episod akhir. Cheh poyo. So far, tak lah kemaruk sangat dengan drama ni. Tak tahulah nanti2 hehehe.


©Hernee Nazir – Kalaulah dapat sambung cutikan best :)

You Might Also Like

6 Th♥ught (s)

  1. cerita ni mengingatkan saya kepada 50 first date.

    ReplyDelete
  2. Zety Zin>>ar tu la..kwn sy pn ckp..bru la sy prasan..

    ReplyDelete
  3. ardinihumaira >>jom2..mau ari2 akk blik awl..hehehe

    ReplyDelete
  4. zz: btol tue kan.. memula tengok saya terus teringat filem 50 First Date.. :)

    ReplyDelete
  5. mamadhea>>sy yg lmbt nk prasan..pdhal [nah tngok cite tu..hehehe

    ReplyDelete

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!