Drama Ayoub

Slot Samarinda - Ayoub @ TV3

Thursday, November 25, 2010

Saya tersangkut lagi dengan drama di TV3. Kali ni drama bersiri Slot Samarinda - Ayoub terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd yang mula ditayangkan 23 November 2010 pada hari Selasa hingga Khamis jam 10.30 malam. Barisan pelakon yang membintangi drama ini antaranya ialah Iqram Dinzly, Fizz Fairuz, Fiza Halim, Watie Elite, Rosnah Johari, Norish Karman, Razak Ahmad, Ahmad Tarmimi Siregar, Datuk Rahim Razali dan Mak Jah. Alamak Ayoub zaman kecil tu siapa nama sebenar dia ek? 






Nahh ni sinopsis Drama Ayoub:

Ayoub dibesarkan oleh ibunya, Banun lakonan Rosnah Johari dalam keadaan yang sederhana selepas ayahnya, Musen meninggal dunia semasa Banun baru mengandung. Ibu bapa Musen yang berasal daripada keluarga yang berada menyangka Banun berlaku curang dengan Mat Sewel lakonan Razak Ahmad, lalu tidak mengaku Ayoub sebagai cucu mereka. Ayoub mempunyai seorang kawan karib, Wan Aidil lakonan Fizz Fairuz sejak bangku sekolah. Ibu Wan Aidil, Norma (Norish Karman) sentiasa cemburu terhadap Banun dan tidak membenarkan Wan Aidil rapat dengan Ayoub.

Wan Aidil telah berkahwin dengan Sazzy (Watie Elite), seorang gadis bandar yang kaya. Norma berasa bangga dengan kejayaan anaknya namun dia selalu mendesak Wan Aidil supaya lebih berjaya daripada Ayoub. Ayoub pula memulakan kerjayanya sebagai seorang pengedar beras di kampung. Dia telah mewarisi harta peninggalan datuknya dan dapat mengembangkan perniagaannya. Walaupun keuntungannya kini tinggi, Ayoub menjalani kehidupan secara sederhana mengikut hukum Islam dan sering menolong mereka yang memerlukan.

Ayoub bertemu jodoh dengan Tengku Zarima (Fiza Halim) dan dikurniakan empat orang anak. Perniagaan Ayoub semakin maju. Ayoub sering bersedekah kepada penduduk kampung dan menjadi penaja kepada beberapa dana. Mimpi ngeri Ayoub bermula apabila Wan Aidil semakin tertekan dengan kejayaan Ayoub. Kehidupan Wan Aidil tidak semewah dan sebahagia yang diimpikan selepas ditimpa dengan beberapa masalah. Wan Aidil sanggup melakukan apa sahaja bagi menjatuhkan Ayoub.

Apa yang saya suka dalam drama ni? Saya suka watak si Ayoub masa kanak2 tu. Budak si pelakon tu comel suara dia manja je. Suka betul saya dengar suara dia. Rasanya drama ni best. Selagi mampu saya cuba luangkan masa tengok. Kalau dah tersangkut macam ni lah nak skip satu episod pun rasa sayang. Malam ni malam ketiga. Sementara nak menantikan Ayoub ke udara, mari kita layan Kum Kum di Astro Ria. 


©Hernee Nazir – Nasib baik En. Nazir ada, kalau tinggal sorang confirm saya tak jengah pun Astro Ria malam ni. Takuuuuuuuttttttttttttttttt.. ;)

You Might Also Like

6 Th♥ught (s)

  1. tgk 1st episode ari tu.. masih lom dpt feel..tapi baca sinopsis, mcm best laa jugak kan..okeh, nanti nak layannnn jugak;D

    ReplyDelete
  2. maya amir>>hehehe..tu la cam best je cite ni,,

    ReplyDelete
  3. Thanks for some quality points there. I am kind of new to online , so I printed this off to put in my file, any better way to go about keeping track of it then printing?

    ReplyDelete
  4. crita ni dah mcm kisah tan sri mokhtar bukary ye....very inspirational

    ReplyDelete

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!