Bual Kosong

Tiada Gambar Untuk Hari Raya Aidiladha

Thursday, November 18, 2010

Ya, memang sekeping gambar pun tak ada. Tak tahulah kena sawan apa semalam tak teringin langsung nak bergambar. Padahal kamera depan mata. Gambar lauk pauk pun tak snap langsung. Memang sah tuan blog kena sawan hehehe~

Alkisah petang raya, saya apply time off, pukul 3 saya dah balik dengan harapan konon2nya nak siap masak awallah boleh rehat awal. Balik rumah barang2 dah siap dibeli dan dibelah oleh En. Nazir, tunggu masa nak digotong royongkan oleh kami bertiga beradik je. So far tak ada masalah, siap bersihkan ayam semua, siap goreng, siap rebus nasi impit sekali bila tengah syok menumis lada untuk ayam masak merah gas habisssssssssss. Cissss~ gas ni time ni lah nak habis. Jangka hayat paling lama gas ni, 1 tahun sebulan baru habis (rajin sungguh tuan rumah masak ya). Beli bulan 10 tahun lepas dan di petang Aidiladha yang dingin tiba2 dia habis. Terus call kedai Abang Din. Omaigucci.. gas dah habis stok. Call kedai Pakcik Mahzar, pun dah habis stok kena tunggu lori supplier sampai. Pung pang pung pang. Satu hapah lauk tak siap. En. Nazir pergi kerja makan ayam goreng je.

Saya berusaha menyabarkan diri walaupun jam dah tunjuk pukul 6.45pm. Suruh Ayu call tanya dah sampai belum. Tak sampai lagi. Haisyhhhh.. malas betullah kerja menunggu ni, tak sukaaaaaaaaa~ Ayu dah siap2kan semua bahan2 blender, Ana pula  dah settlekan sayur mayur untuk kuah lodeh. Tunggu punya tunggu last2 dalam pukul 9 kami ke kedai Pakcik Mahzar. Kebetulan gas pun dah sampai, bayar2 apa yang patut tunggu anak dia datang hantar tong gas. En. Nazir tak ada, jadi saya suruh anak Pakcik tu pasangkan sekali semuanya sebab saya penakut nak pasang kepala gas tu ;p Sambungan masak memasak bermula semula pukul 10pm sampai 12 lebih. Siap2 kemas baru tidur dalam pukul 1 lebih.

Esoknya, pagi2 kemas2 menziarah pusara bonda dan ke rumah Aunty. Sempat singgah tengok ayah tengah bergotong royong untuk majlis qurban. Perut sangat full semalam sebab asyik kerja makan je. Memang mencanaklah berat ni nanti :p

Oklah, sebelum menutup tirai entri, tak ada gambar Aidiladha.. ada gambar Aidilfitri pun jadilah :)


 Tuan blog dan suaminya ;p


©Hernee Nazir – 23 minit lagi untuk membalikkan diri.. yeeehaaa~ (ye, saya sedang mengular)

You Might Also Like

1 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!