Doa Akhir Tahun

Salam Maal Hijrah 1432H

Monday, December 06, 2010

Salam Maal Hijrah 1432H untuk semua. Peringatan untuk diri sendiri dan semua, jangan lupa baca doa akhir tahun dan awal tahun ya. Semoga kita semua beroleh manfaat dunia akhirat. Amin.

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata “Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”
 
 
Doa Akhir Tahun



Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata “Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.

 
Doa Awal Tahun

 

Hikmah membaca doa akhir tahun Hijrah adalah kita memperingati amalan-amalan pada tahun lalu, sama ada yang amalan yang membawa kebaikan mahupun amalan yang membawa kepada dosa dan lalu meminta ampun atas kesalahan-kesalahan serta meminta perlindungan Allah swt. daripada kejahatan syaitan dan manusia.

Manakala hikmah membaca doa awal tahun Hijrah pula adalah kita memperbaharui azam untuk melakukan kebaikan dan meminta kekuatan dan hidayah untuk melaksanakannya.




©Hernee Nazir – Semoga Allah maengampun segala dosa2 kita dan sentiasa berada di bawah lindungan-Nya dan terhindar dari fitnah dan hasad dengki manusia. Amin.

You Might Also Like

6 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!