Family's Wedding

Selamat Pengantin Baru Firdaus & Adda

Friday, December 03, 2010

Oh~ entri terlambat :)

Majlis ni Ahad lepas, Fir ni sepupu En. Nazir. Ramai juga kawa2n office yang tak tahu diorang ni sepupu. Mak En. Nazir kakak kepada ayah Fir. Kiranya En. Nazir ni mengikut pakcik dialah tersangkut dengan orang Gelang Patah hehehe. Dulu masa sekolah saya memang selalu bergaduh dengan Fir ni. Serius weh. Dia suka ejek nama ayah saya. Nama ayah saya Sam jadi dia ejek "sambal belacan". Hati mana yang tak panaskan hehe. Sampai pernah rasa menyampah nak tegur dia. Itu zaman kanak2, sekarang dah besar tak sangka jadi sepupu hehehe. 



..makan berdamai..


..bilik pengantin..


 ..kecil molek je si Adda ni.. suka tengok muka dia..cantik!


Meh gambar ramai2 dengan pengantin :)



 Ni family sebelah ayah Fir dari Batu Pahat.



 ..watermark tu nak cover bahu yang terlebar ;p



..melayan anak sepupu..


 ..Kak Watie dan Fahim..



 Saya dan MIL..



 Abang Ngah, En. Nazir dan Fitri..



 Tengah2 berbual En. Nazir ajak bergambar.. terus posing sekejap :)


Lama juga rasanya terkandas kat rumah Pakcik sebab hujan lebat gila. Dahlah parking jauh, kalau redah sekali pun conirm basah lencun. Maka kami pun menyambunglah berbual sampai hujan reda. Lagi pun bukan senang nak kumpul ramai2 macam ni kan. 

Sebelum ke sini, Abang Ngah sekeluarga dan MIL lepak2 rumah saya dulu. Hilangkan penat2 jalan jauh. Lepas Zuhur baru kami ke rumah Pakcik yang sekangkang kera je dari rumah saya :)

Penatlah nak bercerita lagi ;p 

Buat Fir dan Adda, "SELAMAT PENGANTIN BARU". Semoga dikurniakan zuriat yang soleh dn solehah penyambung waris keturunan.. Amin.



©Hernee Nazir – Laparrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr :p

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!