Selamat Tahun Baru 2011
Originally uploaded by herneesamshudin

Selamat tahun baru 2011 untuk semua. Masih ingat saya lagi??? Sayalah tuan punya blog yang semakin pemalas akhir2 ni. Sila maafkan saya ;p Jangan terkejut pula bila tengok saya berselubung dengan gebo kata orang Johor. Saya tak buat pembedahan plastik. Saja malas nak sarung tudung tadi, gebo pun gebo lah hehehe.

Pejam celik.. pejam celik dah pun masuk tahun baru kan. Selamat tinggal 2010 yang menyimpan 1001 kenangan pahit dan manis. Semoga kedatangan 2011 membawa seribu rahmat dari Yang Maha Esa. Semoga kita semua dilimpahi rezeki yang halal dan melimpah ruah. Semoga kita dapat melayari kehidupan yang indah ini bersama2 yang tersayang. Amin.

Hernee Nazir - Doa saya yang tiada hentinya.. Semoga Allah mengampun dosa saya, kedua ibu bapa, suami, kedua ibu bapa mertua dan adik2 tersayang. Semoga keluarga kita dirahmati Allah dan dijauhkan dari fitnah dan hasad dengki manusia. Amin Ya Rabb.