3 Dara Pingitan ;)

Saturday, October 08, 2011

3 Dara Pingitan ;) by Ajey Mahat
3 Dara Pingitan ;), a photo by Ajey Mahat on Flickr.

Inilah dia 3 dara pingitan housemate Ita, opismet saya (amekawwwww..berbelit2). Dari kiri, cik adik manis ni namanya Cik Afzan, sebelah dia Cik Anis (sekampeni juga dengan saya tapi lain department) & Cik Ita (ofkos tak payah kenalkan lagi sebab dah selalu je saya tayang muka dia kat blog ni :)

Dari last week saya plan nak buat spaghetti meatball bolognise tapi tup2 bahan tak cukup pulak. Sudahnya buat je la minggu ni. Saja masak lebih dan ajak 3 dara pingitan ni makan kat rumah sebab nak menebus kesilapan hahaha. Sebenarnya hari tu dorang beraya kat rumah saya, tapi saya yang baru nak belajar jadi super mak ni tak sempat nak masak. Jadinya saya suruh Ita beli KFC dan makan kat rumah saya, saya belanja. Kesiankan orang datang beraya kena dera beli makanan sendiri hehehe. Sempat juga jamahkan Ibu Zura, pengasuh Ilham tadi. Alhamdulillah rezeki semua hari ni. Thanks ya korang sudi datang rumah manis rumah akak ni hehehe. Souvenir before diorang balik ialah sebotol air Sprite stok raya yang tak habis ngeeee :)

Sekian selamat berhujung minggu semua :)

Hernee Nazir - Hari ni tak puas hati dengan meat ball cap lembu hitam la.. rasa dia ada lain macam sikit tapi tetap kena telan.. nak suruh En. Nazir minta ganti rugi kat abang Pasar Taming Sari yang jual meat ball ni ;)

Psssstttt..psssssttt.. Kalau berkenan dengan 3 dara pingitan kata atas ni bagitau saya tau.. Nanti saya tolong adjustkan..hahaha.. (sejak bila dah terjebak dengan ajen pencari jodoh entah).

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!