My Breastfeeding Journey

Bilik OPS Perah :)

Wednesday, October 05, 2011


Wahhh.. tajuk macam OPS Sikap daaaa..kuang3


04102011(001)


Ni la bilik OPS Perah saya. Mula2 plan nak guna bilik solat kat belakang office, sekali fikir2 jauh benor baik guna pantry je dekat dengan sinki dan workstation saya dan yang penting berpintu dan boleh dikunci sepanjang aktiviti saya berjalan. Alhamdulillah boss bagi kelonggaran untuk saya mengepam sebanyak 3 kali sepanjang waktu bekerja. Tapi itu tak bermakna saya boleh sesuka bertapa lama2 dalam pantry. Harap opismet faham situasi saya yang memang perlukan waktu mengepam sepanjang waktu bekerja.


04102011(002)


Zoom in.. ;)

Macam nak tampal je signboard “NO ENTRY” time saya kat dalam bilik tu hehehe.


04102011


So far, jadual mengepam saya untuk sesi pertama jam 9.30am, sesi kedua 12.30pm dan yang ketiga 3.30pm dan kadang2 jam 5.00pm bergantung pada situasi di office. Sebelum pergi kerja kalau Ilham tak direct feeding saya akan mengepam sekali dan satu sesi lagi waktu malam. Selebihnya Ilham akan direct feeding aka mengempeng hehehe.

Bilik ni bagi saya cukup selesalah semua pun dekat sinki, power point. Encik Spectra 3 saya pun bunyi slow je tak mengganggu suasana office. Diorang tak dengar pun bunyinya sebab bilik tu kedap udara chewah pandai2 je. Kerusi tu memang saya biarkan je kat tepi pintu senang standby tak payah asyik kerjanya nak menarik kerusi je hehehe.


04102011(003)


Yeah.. ni sesi pertama pagi semalam, sempat lagi snap2 tau hehehe. **Mati la kalau opismet saya baca ni** Beg stylo mama peneman pergi dan balik kerja membawa Encik Spectra 3. Kata Encik Nazir saya dah macam budak sekolah hehehe. Tak kisah la budak sekolah ke makcik2 nak pergi sekolah ke yang penting dapat bawa balik hasil tuaian untuk Ilham :)

Ok, sekian :)

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!