Coklat Kembar Siam..

Friday, October 07, 2011

Coklat Kembar Siam.. by Ajey Mahat
Coklat Kembar Siam.., a photo by Ajey Mahat on Flickr.

.. kalau makan dapat anak kembar ;)

Hahaha..

Tipu! Jangan percaya.. Tak kelakar pun..

Saja je nak buat2 cerita pagi Jumaat ni. Coklat wakaf kat opis untuk makan berjemaah :) Belek punya belek ada pulak coklat kembar siam ni melekat antara satu sama lain.

Pernah tak dengar orang tua cakap (dah 2 hari asyik bagi contoh orang tua punya cakap je) kalau pregnant makan apa2 yang melekat 2 macam ni nanti dapat anak kembar. Mungkin kebetulan zaman dulu2 pernah terjadi agaknya, perempuan mengandung makan makanan yang terlekat macam ni tup2 bersalin dapat anak kembar hehehe. Itu semua rezeki, kuasa Allah bukan kerana makan benda2 macam tu. Lagi pun tengok juga keturunannya. Kalau ada keturunan kembar ada la potensi nak dapat anak kembar. Tak pun guna la teknologi yang canggih manggih sekarang ni.

Family En. Nazir ada kembar tau. Pakcik dan makcik dia kembar tak seiras. Kalau lah ada rezeki dapat kembar best juga ek hehehe. Berangan je la ko Hernee, baru sorang tu pun dah gelabah puyuh hehehe. Kalau kembar saya suka kembar seiras. Wahhhh bestnya berangan ;)

Dah stop angan2 mat jenin tu.. fokus2 ;)

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!