Salam sayang semua Red heart,

Dah lama nak share cerita kelahiran Ilham Syahmi, hero kecik anugerah Allah yang mewarnai hari2 indah saya dan En. Nazir. Sepanjang dalam pantang memanglah tak sempat langsung nak bercerita, kalau ada pun yang ringkas2 je. Itu pun update blog thru henpon chokia saya tu Winking smile Alhamdulillah setelah 2 tahun lebih menanti, akhirnya Allah makbulkan juga doa kami untuk menimang cahayamata.

Ceritanya bermula..

13 Julai 2011
Saya memang ada check up pagi tu dengan Dr. Rajesh di Hospital Columbia Asia, plan nak disscuss on mode of delivery. Sebelum ni Dr. Rajesh ada tanya saya, dan saya tetap berkeras dengan niat saya untuk bersalin secara normal. Dr. Rajesh bagitau yang kandungan saya ni high risk, maklumlah pernah keguguran sebanyak 4 kali (seriau bila diingat2kan pengalaman dulu) dan diabetes (GDM). Saya faham risiko yang perlu saya hadapi tu, cuma masa tu terlalu banyak perkara yang saya fikirkan.. takutlah itulah inilah. Akhir2 tu perut saya memang kerap mengeras kadang2 sampai rasa tak boleh nak bergerak menahan sakit. Bila refer doktor dia kata itu bukan tanda2 nak bersalin. Dr. Rajesh arahkan untuk buat CTG, nak tengok kekerapan contraction dan juga denyutan jantung baby. Masa buat CTG tu, contraction memang ada tapi mild contraction la. Denyutan jantung baby kejap ok, kejap tak ok. Doktor tunjukkan pada saya dan En. Nazir grafnya. Dia pun tak pasti samaada baby tidur ke apa. Dr. Rajesh suggestkan saya untuk menjalani pembedahan secepat mungkin petang tu juga. Saya sempat minta Dr. Rajesh peluang sekali lagi untuk CTG petang tu. (ohhh degil sungguh kau Hernee) Sebelum tu saya sempat balik office settlekan apa yang patut, sementara En. Nazir balik ke rumah, barang2 memang dah lama standby dalam kereta. Pukul 4pm, kami bergegas semula ke hospital.

Photo0038

..midwife..tengah check graf jantung baby..

Photo0039
.
.sempat lagi “PEACE”

CTG yang kedua dibuat, graf ada sedikit menaik la tapi sekejap, contraction pun sekali sekala. Dalam hati hanya Allah je yang tahu, saya berdoa supaya saya dan baby selamat. Janganlah terjadi apa2 yang tak diingini, saya berdoa supaya Allah bagi peluang untuk saya berjumpa dengan baby saya. Luaran masih boleh tersenyum tapi hati saya dup dap dup dap lagi bila teringat kena tahan wad petang tu. Keputusan CTG kali kedua lebih kurang sama yang pagi, Dr. Rajesh bagitau yang saya kena tahan wad dan pembedahan akan dibuat esok paginya jam 8.30am. Berderau darah.. takut pun ada.. excited nak jumpa baby pun ada.. semua bercampur baur. Setelah berbincang dengan En. Nazir dan juga ayah saya, maka saya akur dengan keputusan tu. Apa yang kami fikirkan ialah untuk selamatkan baby dan saya, saya tabahkan hati ikut cakap doktor. Sempat juga saya berhubung dengan kawan FB Al-Amirah Najwa minta pendapat, thanks Najwa atas kata2 semangat yang diberi. Memang dah tertulis saya bersalin secara caeserean. Akhirnya petang tu, sayalah penghuni Bilik 97B!

Photo0040

Makanan petang yang hospital sediakan sempat juga saya makan, walau hati gundah gulana. Makan tetap makan Smile


13072011

En. Nazir siap tumpang sekaki lagi tau hehehe.

Malam tu, En. Nazir, Ana dan Ayu menemani saya. Tengah lepak2 dalam bilik, Nazam (opismet saya) datang menjengah. Tak lama lepas tu Kamarul (kawan En. Nazir) datang juga. Cdot dari KL bawakkan saya kuih tart nenas yang saya idamkan, thanks kawan2. Tak lupa Mummy DaSy, yang kerap diganggu sms2 dari saya yang minta pendapat itu dan ini. Rasanya macam cepat betul masa berlalu. Sekejap2 saya jeling jam kat tangan..fuhhhh bila ingat pesan nurse supaya bersiap2 pukul 6am, rasa berdebar2 nak menanti pagi. Nurse suruh saya puasa start pukul 12am, Ayu sempat ke McD belikan saya yang teringin nak makan GCB. (takut terliur masa dalam pantang Winking smile)

14072011
..peneman setia dalam suka dan duka..thanks sayang Smile

14072011(002)

Ana.. yang terbongkang kat kerusi.. thanks No temankan aku..

14072011(003)

Ayu.. yang suka suki lepak katil sebelah yang tak ada penghuni.. Thanks Yu temankan aku juga..
Gambar ayah tak ada.. ayah datang lewat sikit menjengah saya.. Thanks ayah bagi semangat dan doa.

Ilham's Kick Chart

Malam tu juga, beberapa jam sekali nurse akan datang check jantung baby dan saya diarahkan untuk mengira fetal kick bermula jam 8pm. Alhamdulillah baby masih aktif dan jantungnya masih normal. Pukul 12.45am cukup 10 kali kiraan pergerakan baby. Saya baca apa yang patut, berdoa supaya semuanya berjalan lancar esok. Sambil nak mencari mood untuk tidur, sesekali air mata saya mengalir terkenangkan arwah mak. Kalaulah dia masih ada, mesti dialah peneman setia saya.. mesti dia gembira dapat menimang cucu sulong. Dah tertulis, memang dia tak sempat nak berjumpa dengan cucunya. Saya kuatkan hati, walaupun mak dah tak ada.. saya masih ada ayah, suami, adik2 dan sanak saudara sebagai penguat semangat. Akhirnya pukul 2am baru mata saya terlelap.

14 Julai 2011

Alarm mengejutkan saya jam 6am, sebelum tu dah berkali2 tidur saya terganggu dek rasa takut. Rasa macam nak terkucil bila membayangkan macam mana keadaan saya nanti. Saya bangun mandi2 bersiap dengan pakaian hospital. Degupan jantung.. Subhanallah hanya Dia yang tahu. Lebih kurang jam 8 Dr. Rajesh datang ke bilik saya memberitahu yang operasi akan dijalankan tak lama lagi dan tak lama lepas tu datang 2 orang nurse untuk mengusung saya ke Operation Theater. Sebelum masuk OT nurse suruh saya buka spec.. ohhhh kelabu asap dunia saya seketika. Dalam hati berkata, “macamana nak tengok baby ni.. mesti tak nampak dengan jelas” almaklumlah rabun saya ni boleh tahan hebatnya.

Setibanya dalam OT, ramai staff yang dah menanti termasuklah Dr. Rajesh tapi semuanya saya nampak kelabu asap. Tak lama lepas tu doktor bius, arahkan saya supaya menunduk sambil memeluk bantal untuk disuntik. Sekejapan saya rasakan kaki saya kebas. (macam tu rupanya kena bius separuh badan, rasa lumpuh dan tak mampu buat apa2). Sementara menunggu persiapan peralatan, doktor bius (lupa nama) ajak saya berbual. Sambil tu kecut perut saya dengar bunyi kelentang kelentung alat2 yang mereka gunakan. Seriauuuuuuu. Doktor bius bagitau saya yang Dr. Rajesh dah start beroperasi, dia tanya saya sakit tak? Of kos lah tak sakit sebab separuh badan saya mati buat sementara waktu. Nasib baik ada kain penghadang depan mata saya, kalau tak mahu pengsan tengok apa yang mereka buat. Doa tak putus2 saya panjatkan mudah2an semua berjalan lancar. Terasa bila perut saya ditekan2. Tiba2 terasa pulak perut saya kosong. Dalam hati rasa pelik, sekejapan lepas tu terdengar suara bayi menangis kuat tepat jam 8.59am.
Subhanallah..
Luruh hati saya.. Crying face
Alhamdulillah ya Allah..
Akhirnya Allah makbulkan doa kami untuk bertemu dengan buah hati pengarang jantung..
Saya tak mampu berkata2.. hanya air mata yang mengalir.. Subhanallah Maha Suci Allah.. Allahu Akbar.. terkesima saya bila mendengar suara tangisan itu adalah suara zuriat saya sendiri.. syukur alhamdulillah. Allah dengar permintaan kami..
“happy tears” kata doktor bius.
Dengan tersekat2 sambil menahan tangisan saya menyahut.. “yes.. doctor”
“ya saya tahu sejarah keguguran awak” kata doktor tu.
Semakin sedih hati saya bila dengar kata2 doktor tu. Ya Allah sesungguhnya apa yang terjadi sebelum ni terlalu banyak hikmahnya. Hanya Kau yang Maha Berkuasa menentukan segala sesuatu. Terbayang2 wajah arwah mak, semakin laju air mata saya mengalir.

Nurse datang menghampiri saya dan menunjukkan baby. Dalam samar2 saya nampak buat pertama kalinya wajah zuriat hasil perkongsian hidup saya dan En. Nazir. Alhamdulillah ya Allah.. berkat doa, usaha dan tawakkal akhirnya kami bergelar ibu dan ayah. Beberapa minit selepas selesai proses operation, Dr. rajesh minta kebenaran daripada saya untuk membawa bayi keluar untuk ditunjukkan kepada En. Nazir. Sementara tu, saya diusung ke satu bahagian buat sementara waktu. Lebih kurang jam 9.50am saya diusung balik ke wad.

Inilah wajah bayi lelaki yang saya usung ke hulu ke hilir selama ini.


249317_253775371317399_100000548156241_982336_2522299_n249317_253775374650732_100000548156241_982337_38118_n249317_253775377984065_100000548156241_982338_5468110_n261595_246114862083450_100000548156241_950520_6289400_n268861_246113432083593_100000548156241_950517_4207235_n270381_246112145417055_100000548156241_950514_7428462_n283190_253774764650793_100000548156241_982335_7009369_n


Bayi comel ni diberi nama Muhammad (Yang terpuji) Ilham (ilham, idea) Syahmi (Bijak, Berani, Mulia) bin Mohd Nazir. Nama yang kami pilih sejak saya mengandung lagi. Nama “Ilham” memang menjadi nama idaman saya untuk diberikan pada bakal anak yang lahir. Semoga nama ini memberikan maksud yang baik kepada Ilham. Ilham dilahirkan di Hospital Columbia Asia dengan berat 3.3kg dan panjang 49.5cm secara caeserean oleh Dr. Rajesh. Awal2 lagi saya dah maklumkan pada Dr. Rajesh yang saya nak fully breastfeed Ilham. Saya juga berpesan pada doktor supaya dapat bersama baby saya untuk disusukan. Dr. Rajesh sangat menyokong saya untuk fully breasfeed Ilham.
Cabaran breastfeeding saya bermula sebaik saja saya sampai ke wad (walaupun masih dalam keadaan mamai). Hari pertama masih ok lagi tak terasa sakit di bahagian caeser tu, hari kedua nak bangun ke tandas pun subhanallah sakitnya. Alhamdulillah saya dapat memberikan kolostrum, susu awal yang kaya dengan khasiat kepada Ilham. Pada peringkat awal, Ilham tak menunjukkan sebarang masalah. Tiba2 doktor bagitua yang Ilham hypo atau kekurangan gula dalam darah akibat dari saya yang menghidap diabetes semasa mengandung. Ya Allah.. dugaan untuk kami. Dr. Izuddin, paed CAH datang ke katil saya untuk mendapatkan kebenaran memberi susu formula kepada Ilham. Tapi saya yang degil dan berkeras hati tetap tak nak anak saya diberi susu formula seawal itu. Saya yakin saya mampu memberikan susu ibu kepada Ilham. Dr. Izuddin menghormati keputusan saya, dan dia kata Ilham perlu diberikan glukos memalui drip kerana bacaan gulanya semakin rendah. Saya pasrah, bila tangan halus itu terpaksa dicucuk. Apa yang tak dapat saya lupakan bila salah seorang mid wife dan seorang lagi nurse memperlekehkan saya.Bermacam2 soalan sinis yang diajukan pada saya (mungkin mereka geram dengan kedegilan saya). Antara soalan yang menyentuh hati saya..

banyak ke susu awak???

cukup ke?

betul ke awak tak nak bagi formula milk?

dia buat muka yang berlagak dan angkuh ok..
Semua soalan tu saya jawab dengan.. “Insya’Allah saya yakin susu saya cukup untuk anak saya”
Dalam hati saya hanya Allah yang tahu, ada kalanya soalan yang sama keluar tapi saya hanya berdiam diri, saya takkan mengaku kalah (kalau diikutkan hati yang marah, macam nak tumbuk je muka makcik sorang tu) Saya hanya berdoa, mudah2an Allah berikan rezeki susu yang banyak untuk Ilham. Walaupun yang keluar masih lagi kolostrum, tapi saya tetap berikan Ilham untuk membantu pengeluaran susu. Alhamdulillah hari kedua dah menunjukkan ciri2 pengeluaran susu sebenar. Syukur ya Allah, tenang sungguh bila tengok muka Ilham sambil menyusu. Suami jiran katil sebelah yang berbangsa India turut rasa teruja bila mana En. Nazir mempromote kebaikan susu ibu kepada beliau. Sampaikan dia menyuruh isteri dia untuk breastfeed anak yang bakal lahir. Apa yang membuatkan saya tersenyum lebar, bila saya terdengar suara En. Nazir tadi.. wahhhhh dalam diam rupanya dia ingat apa yang saya ajar dia pasal BF sebelum ni. Thanks dear kerana memberikan semangat dan dorongan untuk BF Ilham.
Hari kedua di wad, saya dah boleh discharge tapi Ilham belum lagi kerana bacaan gulanya masih rendah. Saya kerapkan penyusuan sambil berdoa mudah2an Ilham sihat. Alhamdulillah esoknya, 16 Julai kami boleh discharge tapi Dr. Izuddin kata ada jaundice sikit. Dia suruh kami balik ke rumah dulu, in case jaundice ketara dia suruh kami datang semula.
Buat pertama kalinya Ilham balik ke rumah sendiri. Welcome home sayang ummi dan babah Smile

Photo0053
Gambar kenangan bersama Dr. Rajesh.. check up masa seminggu lepas kelahiran Ilham Smile

Terima kasih Allah kerana meminjamkan Muhammad Ilham Syahmi kepada kami. Kami akan menjaga amanah ini sebaik2 mungkin. Semoga Allah memanjangkan usia saya dan suami supaya kami dapat mendidik Ilham menjadi manusia berguna di dunia dan akhirat.
Terima kasih yang tak terhingga untuk suami tersayang, ayah, ibu mertua, adik2, makcik2/pakcik2, ipar duai yang membantu saya semasa dalam pantang. Tak terbalas jasa2 kalian, hanya Allah yang mampu membalasnya. Saya rasa selain kami berdua ayah antara yang paling bahagia saat kelahiran Ilham, setiap kawan2 yang dia call mesti dia bagitau yang dia dah jadi “Tok Ayah”. Nak tergelak pun ada kadang2 bila tengok dia excited dapat cucu sulong.

Terima kasih juga buat kawan2 yang tak putus2 memberikan nasihat dan kata2 semangat. Semoga Allah memberkati hidup kawan2 semua.

Terima kasih kepada staff2 Columbia Asia Hospital, Nusajaya yang terlibat sepanjang proses kelahiran dan yang membantu sepanjang kami di wad terutamanya Dr.Rajesh dan Agnes. Saya berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan termasuklah kualiti makanan yang dihidangkan. Walaupun ada sedikit ralat bila mana ada mid wife yang tak menyokong penyusuan susu ibu. Semoga suatu hari nanti Allah bukakan pintu hati mereka untuk mengakui kebaikan susu ibu.
Itu saja sedikit sebanyak, episod kelahiran Muhammad Ilham Syahmi yang lahir 16 hari awal dari EDD 30 Julai 2011. Rasa macam tunggang langgang pun ada juga cerita saya ni Smile with tongue out. Apa pun harap2 yang membaca faham apa yang saya nak share. Doa kami semoga Ilham menjadi anak soleh taat pada perintah Allah, bijaksana dan menghormati kedua ibu bapa dan yang lebih tua. Doa saya juga supaya Allah memberkati niat suci saya untuk memberikan susu ibu kepada Ilham sehingga berusia 2 tahun. Semoga Allah permudahkan segala2nya.. Amin Ya Rabb.
Ilham Syahmi..Ummi dan babah sayang Ilham sangat2 Red lips

Hernee Nazir – Terima kasih kerana meminjamkan nafas anda membaca entri yang panjang lebar ini. Sambungan daripada episod kelahiran ni ialah episod Ilham Jaundice.. stay tuned Winking smile