Tadi kat opis tetiba Ita kata dia teringin nak makan kari dan minta saya masakkan. Gullppp.. seram dengar hahaha. Akak ni bukan terer masak pun Ta oii.. Setakat makan anak beranak ni ok la. Tapi tak sampai hati pulakkan, Ita dah banyak tolong saya dan kebetulan memang ada stok ayam kat rumah. Balik kerja ajak En. nazir singgah kedai beli bahan2 lain.

Sampai rumah, ambil Ilham then En. Nazir la yang handle dia saya bersilat kat dapur. Tengah2 masak makcik2 Ilham yang kepoh pun sampai hehehe. Lagi ramai melayan Ilham lagi cepat saya boleh settlekan kerja kat dapur. Kelentang kelentung, siaplah kari ayam Hernee Nazir’s style ni.

Taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. Winking smile

_DSC3360

Sorry la Ta kalau tak sesedap masakan mak Ita ye. So far Abang Nazir kata sedap hahaha. Siapa lagi nak puji kalau bukan suami sendiri ye tak. Terkembang kejap akak ni dengar kuang3. Esok akak bawa pergi kerja nanti kita makan sama Smile

Hernee Nazir – Yeay.. Ilham dah tidur, jom kita makan Smile