My Breastfeeding Journey

Mencuba Trial Pack Set B Shaklee (Breastfeeding Set)

Wednesday, October 19, 2011



Ya, nak share ni nak share pengalaman bulan kedua bersama Shaklee :)

Sekarang ni saya sedang mencuba trial pack breastfeeding set Shaklee yang dibeli dengan Puan Salwa kawan2 geng susu ibu. Mula2 saya just bagitau En. Nazir yang saya nak ambil supplement untuk breastfeeding. Lepas dapat green light, En. Nazir suruh saya contact Salwa dia nak sponsor beli trial pack. Saya pun apa lagi cepat je bertanya itu ini dengan Salwa. So far dah 2 set saya bedal, alhamdulillah membantu pengeluaran susu. Saya ambil supplement ni sebab takut makanan harian saya tak cukup vitamin dan zat2 yang penting untuk badan saya dan secara tak langsung ianya akan mengakibatkan kekurangan zat2 kepada Ilham. (alamak ayat macam tunggang terbalik ;) )

Nah tengok.. ni la trial pack set B (Breasfeeding Set) plussssss ostematrix & vitamin E. (thanks kat En. Photographer saya yang blog dia dah bersawang tu yang rajin melayan kerenah wife dia ;) )

_DSC3302
Set B – untuk ibu yang tiada masalah penyusuan. Ianya lebih untuk memperkayakan susuibu dengan zat dan nutrisi semata-mata. Apa yang ada dalam set B? Vitalea with iron formula, Vitamin B, Vitamin C dan Alfalfa. Memang khas untuk mereka yang tiada masalah penyusuan. Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vitamin C fokus on imun sistem, Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala Alfalfa sebagai perangsang demi membantu mempercepatkan penghasilan susuibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.
[credit info: Nursalwa's Blog]
Selepas breakfast saya makan Alfalfa 2 biji dan sebiji vitamin B complex. Alhamdulillah, bila saya Ops perah saya sesi kedua akan dapat hasil susu yang pekat dan sedikit kekuningan.

_DSC3298

Ni fungsi2nya.. ditaip dengan tabah oleh saya, copy dari plasticnya ;)

Alfalfa – Raja segala tumbuhan. Sumber mikronutrion yang paling kaya membuatkan sistem badan berjalan lancar. Sebagai milk booster bagi ibu yang menyusukan anak. Membantu dalam hal kewanitaan termasuklah menyelesaikan masalah keputihan.

Vitamin B Complex – “B” for beauty – True beauty radiates from within. Perlu bagi urat saraf (essential to initiate nerve transmission). Membantu meninggikan sistem pertahan badan. Membantu mengurangkan stress dan bertindak sebagai penenang.

Selepas lunch saya makan sebiji vitamin C dan sebiji vitalea. Dah 2 kali injection Ilham, saya amalkan petua yang Salwa bagi iaitu belah dua dan makan vitamin C serta kerapkan direct feeding dan alhamdulillah Ilham tak demam :) Satu lagi susu bau lemak hehehe macamana tu?

_DSC3296


Vitamin C – Mencegah kelenjar daripada rosak dan berdarah. Penting untuk pembentukan kolagen. Bertindak sebagai anti-oksidan. Bertindak mengikut pelepasan masa.

Vitalea – Mengandungi 12 vitamin 7 galian diperlukan oleh tubuh badan. Formula lengkap dengan zat besi.

Selain dari yang di atas, saya juga ambil Ostematrix atau kalsium dan vitamin E dimakan sebelum tidur 4 biji ostematrix dan sebiji vitamin E. Amekawwwww.. time makan ostematrix yang 4 ketul tu rasa sampai tersangkut2 kat tonsil hahaha. Sebenarnya saya adalah seorang yang penakut telan ubat, keranamu Ilham Syahmi ummi telan je berketul2 seharian. Alhamdulillah badan tak lesu bila bangun pagi.

_DSC3295

Fungsi2nya:

OsteMatrix – Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal. Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf, Menolong mengurangkan simptom-simptom senggugut seperti perut kembung, kekejangan, retensi air, mudah eradang dan kemurungan.

Vitamin E – Sejenis anti-oksidan yang kuat yang boleh larut dalam lemak di mana ia menyokong kesihatan jantung, otak, mencantikkan kulit,meningkatkan fungsi paru-paru, kolon dan keimunan.
Kesimpulannya, set B ni sangat2 membantu saya especially dalam pengeluaran susu. Masa awal2 dulu kalau Ops perah saya hanya mampu dapat 2oz sebelah kanan dan sebelah kiri 1oz pun susah nak dapat. Alhamdulillah syukur, sekarang sebelah kanan saya boleh dapat at least 6-8oz sekali pam dan sebelah kiri paling banyak 2oz.. alhamdulillah..alhamdulillah rezeki untuk Ilham.

Setiap hari saya berusaha mengepam dengan lebih kerap dan menjadikan air masak kawan baik saya. Dulu sikit punya anti dengan air masak, sekarang lepas mengepam atau menyusukan Ilham saya perlukan air yang banyak. Rasa air masak adalah air paling sedap dalam dunia ;) Sekarang saya akan rasa sangat2 bersalah pada Ilham kalau terskip makan supplement2 ni.

Tengah2 menaip entri ni, saya terbaca status Salwa kat fb “Kongsi testimoni anda. Hadiah istimewa untuk anda” Terus rasa nak join.. saya rasa entry saya ni sesuai kot cuma tak tahulah cukup ke tak patah perkataannya.

Oklah stop dulu, nanti share lagi perkembangan saya dengan pengambilan breastfeeding set Shaklee ni. Kalau ada yang berminat dengan produk ni bolehlah contact Puan Salwa di email honeywawa85@gmail.com atau sms 012 711 1260 untuk keterangan lanjut atau membuat pesanan. Tak pun terjah la blog dia, banyak cerita pasal Shaklee kat situ :)

You Might Also Like

3 Th♥ught (s)

  1. dah 3 org akak tgk testimoni shaklee ni mcm terbaekk jek..menyebabkan akak pn beria2 nk cuba gak..

    ReplyDelete
  2. opps tertinggal

    jdkan air masak teman setia..sblm dan selepas ngepam tu minum jgn x minum ;D

    ReplyDelete
  3. try la kak..alhamdulillah ok pd sy..btl tman stia rase nk togok smpai kering jek..hahaha

    ReplyDelete

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!