Petua

Tercekik Tulang.. Gulllpppp!!

Thursday, October 06, 2011


mak oii ganas rupa tulang ni..[credit pic: encik google]





Semalam balik kerja terus singgah kedai cari lauk pauk. Ohhh.. sangat tertekan bila tiap2 hari memikirkan lauk apa nak dimasak. Pusing sana pusing sini last2 ambil ikan 3 ekor, udang halus2 buat rencah dan kacang buncis. Balik rumah macam biasa bersilat kat dapur sementara Ilham tidur. Ikan saya masak singgang tumis, sayur kacang buncis pula saya goreng je.

Tengah syok2 makan Ilham terjaga pula, En. Nazir dalam bilik air tengah mandi haiyoooo. Terus bangun basuh tangan, nasib baik dah settle makan. Sekali masa tengah kendong Ilham terasa macam ada something kat tekak. Huwaaaaa.. tulang tersangkut. Cuba telan2 air liur tapi tak berjaya lepas tu saya dah macam terlupa yang ada tulang tersangkut kat tekak ni. Selalunya kalau ketulang macam tu saya akan kepal nasi dah telan insya’Allah mujarab.

Pagi tadi masa gosok gigi, tiba2 terasa nak terkeluar dah tulang tu. Saya pun jolok je tekak dan alhamdulillah terkeluar juga tulang ikan tu. Memang tak besar sangat, tapi takut la kot2 kang tersangkut lama2 kat tonsil saya tu kang merana makcik hehehe. Sampai2 je opis tadi Ita mengadu yang dia pun ketulang macam saya. Tak sangka bersaing pula kita ye Cik Ita. Tapi kes Ita ni sampai ke sekarang ni tak keluar2. Nasib baik ada bantuan dari Min alhamdulillah dah ok dah.



Hernee Nazir – Pernah tak dengar orang tua2 kata kalau ketulang cari orang yang lahir songsang minta dia bacakan ayat2 Quran ke doa ke untuk hilangkan tulang tu. Saya selalu dengar macam tu tapi tak tahulah apa kaitannya. Apa pun semuanya kuasa Allah kan, kita hanya mampu berusaha selebihnya serahkan pada Dia :)

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!