Family's Activity

Jalan2 Banda Hilir

Thursday, November 24, 2011

Sambungan cerita ke Melaka :)

Dari Alor Gajah kami terus menuju ke Banda Hilir. Sampai2 je terus menuju Mc D isi perut dan seterusnya ke Menara Taming Sari. Memang plan nak naik menara tu.


_DSC3471


Tangan domok itu adalah tangan Mommy Ngah Ilham ;)
Orang ramai pulak menunggu giliran.


_DSC3473

_DSC3474


Rimas betul dengan nyonya2 tourist dari China yang suka suki nak potong queue.

Untuk menghilangkan ketensionan menunggu dalam keadaan panas bercetang tu, mari kita bergambar.. :)


_DSC3475

sempat je kan..

302170_300496099978659_100000548156241_1164401_702021439_n

Ilham ni macam biasa.. tidur.. tidur dan tidur..

302170_300496109978658_100000548156241_1164403_1899467132_n


Akhirnya sampailah turn kami.. Masuk je Ilham terus nak mengempeng. Layankan je la. Memang saya dah standby bawak nursing poncho. Dah boleh agak dah time2 dia nak menyusu. Masa dalam ni relax2 je lagi tak berponcho sebab En. Nazir dan Ana tolong cover kiri kanan lai pulak saya cover dengan tudung. That’s why i love to breastfeed my baby.. anywhere.. anytime..  selak je, sayalah botol susu Ilham :) Mula2 saya ada jugalah rasa segan, dah lama2 (tak de la lama mana pun baru 4 bulan je) saya ok. Bukan buat jahat pun kan. Bagi anak susu je pun.


302170_300496103311992_100000548156241_1164402_808015449_n

Mommy Ngah pun nak enterframe :)

View Banda Hilir dari atas..

377761_300497369978532_100000548156241_1164410_164582750_n

377761_300497373311865_100000548156241_1164411_1519974865_n

..macam kereta mainan..

_DSC3515

Guess what he’s doing?

Siapa dapat jawab saya bagi cokolat sebungkus hehehe.

Dah sampai masa turun ke bawah, Ilham masih tak nak stop ngempeng. Saya pulak tak sampai hati nak lepaskan, kesian dia tengah syok nyusu, jadi cepat before keluar tu saya suruh Ana pakaikan nursing poncho dan saya pun meneruskan la menyusukan Ilham sambil berjalan. O Mai Gucci! Pestaim buat macam ni, mesti orang kiri kanan kata “zalimnya mak dia ni selubung anak panas2″ (saya je la andaikan sendiri :) ). Lagi zalim kalau saya biarkan dia menangis nak susu. Lepas tu kami duk melepak bawah pokok sambil layan Ilham mengempeng. Plannya nak naik bot keliling sungai Melaka sekali tengok cuaca mencanak2 panasnya kami cancel je la terus menuju ke Dataran Pahlawan Melaka Megamall. Ronda2 kejap terus keluar, dan sempat lagi mensenap2 ;)


313208_300498986645037_100000548156241_1164417_559281746_n


313208_300498983311704_100000548156241_1164416_984826682_n


Our next destination.. Melaka Wonderland, layankan Mommy Ngah yang sibuk nak mandi manda. Layan je la walaupun dia berdua je yang dapat mandi, saya dan Ilham jadi penonton je la hehehe. Till next entry.. stay tuned :)

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!