My Breastfeeding Journey

Pagi2 Dah Termakan Semut Merah ;p

Thursday, November 10, 2011



Sekali lagi untuk kali kedua buat kes pagi2 hari.. botol susu dan puting Ilham tertinggal kat rumah. Hari ni pergi kerja saing dengan En. Nazir, dia masuk pukul 8am maka saya pun kenalah gerak awal juga.

Sampai opis before pukul 8.. dapat sms dari baby sitter bagitau botol tak ada dalam beg. Aiiiyaaakkk.. baru teringat malam tadi saya steril botol2 semua lepas tu lupa nak masukkan dalam beg semula.

Terus bergegas pinjam Unser Pilot rasa macam makcik2 bawa unser ;p balik ke rumah, sebab kereta En. Nazir parking kereta kat car park belakang nun. Malas nak ambil kunci pada dia.
Sampai rumah.. haaaaa elok je botol2 tengah bersidai.. memang sah la ummi banyak makan semut ;)

10112011(002)


Terus ambil botol dan puting tu hantar ke rumah Kak Zura yang sekangkang semut je dari rumah saya tu hehehe. Sampai2 tengok budak cenonit tu baru bangun tidur, tak mandi lagi.


10112011(004)


Ilham with Abang Harith baru bangun tidur sayang ummi ni. Nasib baik ummi cepat sampaikan. Muka lalok2 lagi tu, geram betul tengok rasa macam nak guling2 sebelah Ilham je hehehe. Before balik opis semula sempat ambil semangat bekerja dari Ilham. Macamana tu???? Hmmm.. cium belakang kepala, telinga, pipi kuat2 dalam2 biar bau lemak manis tu melekat kat hidung bawa bekal pergi kerja hehehe.


10112011(006)


Ye.. inilah ummi Ilham yang banyak makan semut pagi ni. Ikut hati memang nak sambung golek2 tapi apakan daya makcik makan gaji je nak. Pulanglah pada opis, walaupun hari ni dan esok boss tak ada kaki naik atas meja tinggal saya, Ita, Kak Intan dan Pak Dolly.. opis kami yang punya ;p

Ok, sambung bekerja sambil mengulor ooopppsssssss.. ;)

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!