Fren's Wedding

Selamat Pengantin Baru Eti Azura & Suami

Thursday, November 03, 2011




_DSC3762

SELAMAT PENGANTIN BARU ETI AZURA & SUAMI
31 OKTOBER 2011

Ahad lepas sempat pergi majlis perkahwinan ex-housemate saya Eti masa study kat UiTM London Lendu, Alor Gajah. Dah lama gila tak jumpa makcik sorang ni tau. Actually kampung Eti ni dekat Teluk Kerang, Pontian dekat je dengan kampung arwah mak saya. Sekali pun tak pernah menyinggah padahal lalu je depan rumah dia rupanya.. apa daaaa.. Winking smile Saya ada juga ada bertanya ex-housemate yang lain, kot diorang nak bersaing malangnya Ajie dan Aini tak dapat datang, Emmy pulak datang petang sikit, saya pulak tak boleh lambat2 sebab ada urusan lain. Last2 pergi je bertiga beranak.

Sampai2 rasa macam tak berapa konfiden je ni rumahnya, takut2 kang kalau dah kenyang makan sekali salah rumah hehehe. Malu bertanya sesat jalan, jadi dengan tak malunya before turun kereta, saya bertanya dengan pakcik kat tepi jalan tu betul ke ni rumah Pakcik Halmi. Alhamdulillah, itu la rumah.. tepat sekali.. hoyeaaahhhhh..

Encik Nazir pun teruslah mencari port terbaeeeek untuk parking kereta. Lepas tu kami terus ke destinasi, sempat tanya sekali lagi dengan kakak kat situ, betul ke pengantin namanya Eti Azura.. yessss betul memang confirm! Then terus menuju ke khemah untuk makan. Seperti biasa, rutin baru.. makan secara bergilir2. Ilham as usual menjalankan rutin sebagai seorang bayi yang normal.. tidur.. tidur dan tidur Smile Siap makan secara bergilir, kami terus tuju rumah pengantin nak jumpa pengantin.

Dengan muka tak malu sekali lagi, saya terus terjah bilik pengantin. Ohhh malang sekali pengantin tengah bersolek, saya tersilap langkah la. Memang tak plan nak stay sampai bersanding tapi angan2 tu nak le bergambar dengan pengantin sekeping dua kan. Saya nekad je minta permission daripada Mak Andam untuk snap gambar. Maka dapatlah saya bergambar dengan pengantin yang belum siap bersolek kat atas tu. Sorry ye Eti, ganggu je ko nak bersolek. Apa pun happy sangat dapat tengok sorang lagi kawan saya bertemu jodoh. Mudah2an jodoh berpanjangan hingga akhir hayat dan dikurniakan zuriat2 yang comel penyambung warisan.

Lepas dapat snap gambar dengan Eti, kami pun mengundurkanlah diri sebab si kecil tu dah menangis kepansan. Dapat juga Ilham jumpa Auntie Eti ya. Then kami terus menuju ke Jusco Bukit Indah nak membeli barang penting hehehe dan lepas tu ke Mydin Anjung Nusajaya untuk belanja barang2 dapur sebelum balik ke Rumah Manis Rumah Winking smile

Sekian.

You Might Also Like

2 Th♥ught (s)

  1. Huhuhu mummy long geram tgk gambo Ilham senyum tu, comel....

    ReplyDelete
  2. ilham tkepit dikeje dek ummi..hehehe

    ReplyDelete

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!