Colleagues

Soto Yang.. SUPER Sedap!!!

Thursday, November 03, 2011



..kata Nazame bukan kata saya ;)
Hari ni breakfast pulak free.. rezeki alhamdulillah. Dari Isnin sampai ke Khamis rezeki makan ada je kat opis ni. Esok ada lagi tak rezeki free ek? ;) **over kau Hernee**

IMG_1171

Ni lah soto yang Nazam duk pung pang pung pang kata “Soto yang.. SUPER sedap” (dengan gaya dia) yang dia beli kat Taman Dahlia. Hari ni sampai2 opis “soto super sedap” dah terponggok atas meja. Yummy tak sabar nak merasa betul2 sedap ke dia propa jek.

IMG_1172

Sedang menghidang dalam mangkuk untuk santapan pagi, datang pulak Pak Joyah ni sibuk tanya sedap ke tak. Padahal merasa kuahnya pun belum lagi.
Taraaaaaaaaaaaa.. ini dia “soto super sedap”

IMG_1174

Auwwwwwwwmmmm.. nom nom..

IMG_1177

Kata saya..
Mula2 makan rasa macam something wrong somewhere la.. dah lama2 ohhh sedapnya..tapi sambal kicap dia mak oiii tak boleh letak banyak2 boleh jadi bibir Tony Braxton jawabnya.. apa pun makan free memang best! Thanks En. Nazam :)
Kata Kak Intan..
Yang best sekali akak rasa begedil dia sebab dia tak rapuh tau.. lepas tu kuah dia rasa macammmm.. macamana ek.. yang penting sedap dan free
Kata Ita..
Saya memang suka makanan yang free.. itu je
**Komen dari Kak Intan dan Ita adalah 100% dari perbualan kami tadi tanpa editing ;) Lupa pulak nak tanya apa komen Capt. Akashah sebab dia dha tergesa2 nak pergi Management Meeting tadi**
Apa pun thanks again to Nazam sebab sponsored our breakfast for today. Kalau nak spoonsor lagi esok apa salahnya.. pucuk dicita ulam mendatang ngeee~

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!