Life As A Student

UiTM Di Hatiku ;p

Tuesday, November 01, 2011




Skip cerita jumpa family angkat, maybe hari ni or esok saya publish. Nak tayang gambar ni dulu.

339980_300496093311993_100000548156241_1164400_1727435367_o

Yeahhhh.. sempat melepaskan rindu dendam kat UiTM Di hatiku ni. Sebelum bergerak ke Banda Hilir, saya ajak En. Nazir ke UiTM Kampus Alor Gajah, Melaka. Sampai dekat main entrance rasa macam tak konfiden boleh masuk sesuka hati. Saya cakap dengan En. Nazir, kalau Encik Polis Bantuan ni tanya nak ke mana, cakap je nak jumpa kawan kat blok C. *spontan ingat blok c (Camelia) blok saya dulu.. tapi sekarang dah tukar nama apa entah tak ingat*

Sampai jek kat Encik Polis tu, dia tanya “Nak ke mana encik?”
En. Nazir terus je jawab.. “Nak ke blok c”
Dia suruh jalan.. hmmmm selamat hehehe. Sorry ye Encik Polis, saya tak ada idea nak kelentong dah. Nasib baik la dia tak sebut nama blok yang dah tukar tu, kalau tak kantoi jek nak kelentong dia kan hehehe.

Pusing2 dalam kampus.. wahhhhhhhhhh.. *sambil mulut terlopong* banyaknya dah berubah, cafe baru nun atas bukit depan bangunan akademik, blok2 baru semuanya dah bertukar wajah. Lama sungguh tak jejakkan kaki kat sini. Pusing2 lagi kat area hostel, sedih lak rasa teringat zaman2 study dulu. Rindunya kat kawan2, kenangan masa study.. sob..sob..lap air mata sekejap. Kalaulah weekdays, konfem saya buat muka tebal jek mencari lecturer2 yang ada kat situ. Saya pm Puan Asmidar kat fb, tapi tak ada reply maybe dia tak online. Nak sms En. Suhaimi rasa macam nombor lama yang saya save. Tak apalah ada rezeki nak ke sana lagi nak jumpa lecturer2 yang banyak jasa tu.

Ingatkan nak stop sekejap kat blok c nak snap gambar, memandangan Ilham dah ngek2 nak tidur maka saya lupakan je la niat tu. Sampai depan main entrance tu sempat turun sekejap suruh En. Nazir snap gambar. Thanks En. Nazir sebab sudi melayan kerenah saya :)
Lepas snap terus berdezup ke Banda Hilir ronda2. Ceritanya next entry :)

Tetiba feeling nak nyanyi lagu UiTM Di Hatiku sekejap ;)
Lirik Lagu UiTM Di Hatiku
Wujudku di sini di tanah anak merdeka
Bagai obor ilmu memayungi putra putrinya
Pelopor hidup budaya bangsa,agama, negara
Pembentuk akhlak manusia agar jadi sempurna
Ku yang melangkah ke sini ingin mempelajari
Rahsia di muka bumi dengan cara hakiki
Tunjukkan aku jalan ilmumu untukku ku menuju
Destinasi cita-cita negara dan bangsaku
Majulah bangsa
Maju negara
Berkat usaha jaya MARA
Kami berikrar akan berjasa
Hingga kita berjaya……demi bangsa
Watikah yang kumiliki kan kusemat di hati
Janjiku kepada pertiwi untuk menabur bakti
Ku sempurnakan seikhlas hatimembela negara
Doa restu ayah bondaku untuk semua
UiTM…usaha taqwa mulia.

You Might Also Like

2 Th♥ught (s)

  1. Hehehe, saya FB tenggelam timbul. apa kata you all buat reunion kat Melaka nih, boleh le kita org tumpang sibuk2...

    ReplyDelete
  2. puan..dorg mmg nk wat reunion DPA tp kt kl..plannye nk wat 7/1/12..nti ape2 hal sy update puan..

    ReplyDelete

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!