Info Sharing

Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500

Monday, December 12, 2011

Semestinya ramai yang sedia maklum tentang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500, so kat sini saya nak share Syarat Layak Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500 dan Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500 yang boleh dimuat turun. Semoga dapat membantu serba sedikit :) Untuk yang memenuhi syarat2 kelayakan, apa tunggu lagi dapat borang permohonan segera sebelum terlambat :)
PELAKSANAAN PEMBERIAN BANTUAN TUNAI RM500 BAGI MERINGANKAN BEBAN KOS HIDUP RAKYAT (Sources: www.treasury.gov.my)

1. Pada pembentangan Bajet 2012  baru-baru ini, Kerajaan telah mengumumkan untuk memberi bantuan tunai, secara one-off, sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah. Bantuan  ini adalah tanda keprihatinan Kerajaan dalam usaha untuk membantu  meringankan kenaikan kos sara hidup rakyat.

2. Isi rumah yang layak memohon merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau  ketua keluarga.
Ini merangkumi individu:
  • Berkahwin termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa;
  • Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan;  Individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan; dan  Warga emas sebatang kara
3. Ketua isi rumah yang berkerja sendiri juga adalah layak untuk memohon.

4. Kerajaan memutuskan, pendaftaran permohonan Bantuan Tunai RM500 akan dibuat mulai hari Sabtu, 10 Disember 2011 untuk tempoh satu bulan.  Borang-borang pendaftaran boleh didapati secara percuma mulai tarikh tersebut, di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), serta agensi-agensi Kerajaan.

5. Borang yang lengkap di isi berserta salinan Kad Pengenalan hendaklah diserah untuk proses pendaftaran di Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, sekolah-sekolah terpilih serta pejabat-pejabat cawangan LHDNM.

6. Pembayaran Bantuan RM500 akan  dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai pertengahan Januari 2012.

7. Bantuan ini dijangka dapat memberi manfaat kepada seramai 5.2 juta isi rumah atau 79.5 peratus daripada keseluruhan isi rumah di negara ini. Pemberian ini melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM2.6 bilion.

(Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia 30 November 2011)

Syarat Kelayakan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500 dan Definisi Ketua Isi Rumah

Kelayakan:

Bantuan ini diberikan kepada ketua isi rumah atau ketua keluarga

Definisi ketua isi rumah:

Adalah seorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketuakepada ahli keluarga yang tinggal serumah atau ketua keluarga.

Ini merangkumi individu yang:
  • Berkahwin;
  • Ibu atau Bapa tunggal yang mempunyai tanggungan;
  • Bujang yang mempunyai tanggungan; dan
  • Warga Emas sebatang kara



Download/muat turun online Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500

atau boleh didapati secara percuma mulai 10 Disember 2011 ni di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) serta agensi-agensi kerajaan.

MAKLUMAT TAMBAHAN:

BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M)

Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan bermula pada hari Sabtu, 10 Disember 2011 sehingga 10 Januari 2012
Penjelasan mengenai pendapatan kasar isi rumah•
Pendapatan kasar isi rumah merujuk kepada pendapatan suami, isteri dan tanggungan yang masih bujang dan bekerja yang tinggal serumah

Dokumen-dokumen yang perlu dibawa bersama

-Ketua isi rumah
  • Borang permohonan BR1M
  • Salinan kad pengenalan pemohon
  • Slip gaji terkini (jika berkenaan)
  • Tanggungan:
  • Salinan kad pengenalan tanggungan (sama ada suami/ isteri/ anak
  • Kesemua dokumen di atas, perlu dikepilkan bersama borang permohonan bagi mempercepatkan proses dan mengelakkan sebarang kesulitan
  • Borang permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia boleh didapati  secara percuma di semua Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat LHDN, Jabatan Penerangan, Jabatan Pembangunan Persekutuan, agensi-agensi Kerajaan serta Lobi Utama Kementerian Kewangan, Putrajaya dan sekolah-sekolah terpilih mulai 10 Disember 2011, bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang

  • Pertanyaan lanjut
  • Untuk maklumat lanjut sila layari  www.treasury.gov.my atau hubungi talian  1-800-222-500 (Hari bekerja jam 9 pagi sehingga 5 petang)
  • Talian juga akan beroperasi  pada 10 Disember 2011 (Sabtu) dan 11 Disember 2011 (Ahad).Kementerian Kewangan Malaysia 9  Disember 2011

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!