Budak Kemaruk Nak Meniarap ;)
Ini cerita budak kemaruk nak meniarap.. siapa lagi kalau bukan hero kechik kesayangan saya Ilham Syahmi. Aksi2 ni saya rakamkan masa dia tengah excited nak meniarap sendiri. Wahhhh.. sekarang kena sangat2 berhati2 sebab dia dah semakin aktif, tak boleh tinggal atas katil sorang2. Saya dah pun plan dengan En. Nazir nak alih katil kat master bedroom ke bilik sebelah dan kami tidur atas tilam je. Takut tak sedar nanti tergolek pulak si kechik ni kang.. selisih amit2.
Yok tengok gelagat budak kechik ni
Geli hati tengokkan gelagat dia.. penat sekejap dia relax dulu lepas tu bangkit lagi. Seboleh2 nak berusaha ke depan. Bila tak dapat bergerak dia dah mula tension. Berkerut2 muka jadinya, last2 nangis hehehe~
Dan yang penting.. semangat nak meniarap siap terbawak2 dalam mimpi agaknya. Malam bila entah aksi ni saya rakamkan. Dia dah tidur dah masa ni, sekali tengah2 tidur tu boleh pulak dia macam mengigau meniarap dengan mata terpejam. Ilhammmmm.. Ilhammm.. gelak sorang2 ummi tengok awak tau
Ni malam semalam, lepas babah dia pergi kerja malam.. dia tidur sekejap lepas dapat upah dari ummi. Dalam pukul 9pm ngam2 ummi nak layan Masterchef Malaysia dia pun bangun. Cissss~ saja dengki ummi kan. Masa bangun mulut dah riuh membebel sorang2. Sekejap je badan dan terkeluar dari landasan tilam yang saya bentang depan tv. Habis MCM saya angkut dia bawak masuk bilik, main2 kat bilik. Tengok kan main aktif lagi sure lambat tidur budak kechik ni.
Haaaaa.. tengok tu aksi dia
Dah puas berpusing 360ºsambil membebel sampai ummi nya pun ikut berpusing hehehe~ Akhirnya.. tewas juga hero kechik ummi dengan mata sendiri. Tengokkan dia tetiba senyap je, rupa2nya dah selamat belayar. Bertuah betul tau.
Alhamdulillah tidur akhirnya kan. Ohhh.. minggu ni mamat ni memang tidur lewat sikit la. Saya cuma biarkan je dia main2 sampai penat, nanti senang sikit dia nak tidur ngee~
Sekian laporan tentang budak kemaruk nak meniarap. Terima kasih kerana sudi baca. Tak minat nak baca tak apa,boleh klik X nun kat belah kanan tu ya
Blog saya, semestinya cerita tentang hidup saya, hero beso dan kechik saya dan family saya
4 Comments
hahaha...comel nye die blaja meniarap. budak kecik memang gitu kan. penat sendiri nnti. pastu sambung semula. :)
ReplyDeletecombie>>hehehe..tu la..akk bio kan jek die bljr sndiri..tp kna monitor la..kalo x ade tsembam lak..hehehe
ReplyDeletehi HN...lama nk komen tapi asik terlupa je..sgt hepi bila tau awak dh ada baby skang ni...congratss n jom kita sama2 exclusive bfeed baby..saya pun baru bersalin anak 2nd..baru 2months ++..so far still full..harap dpt la lama bfeed kali ni..heheheh
ReplyDeletehai..hehehe..saya pn lame x tnggl jejak kt blog awk..alhamdulillah rzki sy dpt juga jd ibu..alhamdulillah gak dpt exclusive bf ilham smpai skrg..mudh2an usaha kite dirahmati Allah ye..
ReplyDeleteThanks 4 ur comment.. peace!