Happy Monday uolls :)
**Gigih tau mengarang entry ni.. semput nak tunggu Ilham tidur**
Entry ni request khas daripada my kakak forever Kak Jue ;) yang nak tahu apa ada dalam beg Stylo Mama saya ni.. dan apa yang saya angkut ke hulu ke hilir pergi office.
Here we go!
Stylo Mama bag yang menggantikan handbag pergi kerja bermula September 2011 ;)
Apa isi di dalam???
Encik Spectra 3 Breast Pump with tubing yang dah 5 bulan berkhidmat tanpa jemu..
1. Storage bag jenama Jingle Jungle (saya suka sebab ada double zip lock)
2. Storage bottle (so far saya guna jenama Bumble Bee dan Autumnz je.. ada sebotol je Safety Plus souvenir masa pergi Kelas Penyusuan Susu Ibu di UTM)
3.Spectra – Breast Shield (for double pumping.. satu lagi tengah basuh masa saya snap ni ;) ), Valve Head with Silicon Membrane
4. Marker Pen (untuk menulis tarikh dan waktu memerah)
5. Masking Tape (saya tak guna sticky label, En. Nazir belikan masking tape ni mudah nak tercabut dan tak memburukkan rupa botol berbanding penggunaan sticky label tu)
6. Breast Pad (in case of emergency ;) )
1. Make Up Bag (poyo je tu.. dalam tu ada compact powder, lipstick yang dah nyawa2 ikan, eye shadow, eye liner, perfume, blusher ;) )
2. Supplement Shaklee (untuk stok 5 hari bekerja)
3. Handphone Charger
Ok, ni semua angkut pergi office plusssssssssssss..
Autumnz Cooler Tote
yang dalamnya ada 1 pcs of Autumnz Reusable Ice Pack.. untuk mengekalkan suhu bekalan EBM yang nak dibawa balik ke rumah..
Di office pulak.. saya standby..
..satu bekas plastik untuk simpan dalam peti sejuk office.. supaya EBM saya tak mengganggu makanan orang lain dan yang utama nak menjaga agar EBM tak serap bau2 makanan dalam peti sejuk. Di rumah pun saya ada 2 bekas lagi untuk menyimpan EBM saya dalam peti sejuk.
Ok, sekarang nak tunjuk apa yang dibekalkan untuk Ilham ke rumah Ibu Zura aka baby sitter Ilham. Kat rumah Ibu Zura, Ilham lebih glamer dengan nama Syahmi ;) (iklan sekejap) Saya bekalkan Ilham..
Coleman Ice Box aka Peti Sejuk Bergerak untuk isi stok susu (tujuan utamanya tak nak mengganggu peti sejuk baby sitter) beserta 1 pcs Coleman ice pack  dan 1 pcs Autumnz reusable ice pack..
Rezeki EBM hari Jumaat lepas.. 9oz untuk difrozenkan.. alhamdulillah..
Kat rumah, bahagian peti sejuk saya menampung fresh EBM yang saya pump setiap hari dan bahagian freezer menampung stok frozen EBM yang tak semeriah orang lain ;)
inilah stok frozen EBM yang ada.. alhamdulillah, saya masih berusaha menambah stok semampu mungkin.. doakan saya ye kawan2..
semua usaha yang saya buat ni adalah untuk si dia.. ye si dia..
..si hero kechik saya ni yang lena dipangkuan Mama Cu dia ;)
Update sikit pasal hero kechik ni.. sekarang semakin kerap menggigit bibir sendiri dan jari jemari dia kadang2 jari ummi dan babah pun dia nak gigit. Saya perasan kat gusi dia ada benda putih, adakah Ilham nak tumbuh gigi atau pun gusi dia luka?? Just wait and see ya.. Tak tahulah kalau secepat ni dia nak tumbuh gigi. Apa yang saya baca memang tak mustahil tumbuh gigi cepat.  Anak Dr. Halina dan Dato’ Dr. Sheikh Muzaffar, Sophea Isabella tu belum 5 bulan pun dah tumbuh gigi 2 batang :)
Opppsss dah melalut, back to the topic ngeee~
Harap2 Kak Jue berpuas hati dengan apa yang saya share kat atas tu ye. Harap2 Kak Jue terus bersemangat untuk BF Ahmad Dyaurrahman (betuk ke tak ejaan tu ;) ) Selagi mampu jangan putus asa ya. Chaiyok2 untuk kita. Sekian :)