My Hero Kechik - Ilham Syahmi

Ilham.. 5 Months Oredi ;)

Wednesday, December 14, 2011

Alhamdulillah.. :)

Hero kechik ummi dah semakin membesar, hari ni genap 5 bulan. Syukran Ya Allah :) . Dah semakin aktif nampaknya. Perkembangan terkini, buat masa ni Ilham masih lagi takut2 nak meniarap. Tapi pantang di baringkan sekejap je dah berpusing 360 darjah. Lepas tu mengiring2 sampai nak tertiarap dan terlentang semula.



Tak apalah Ilham, practice make perfect! Ilham berlatih la banyak2 berguling2 ikut perkembangan Ilham. Ummi dengan Babah akan monitor sebaik mungkin. Tidur pun semakin lasak sekarang. Kadang2 terjaga malam kaki dia dah sampai kat muka Ummi dah bertuah betul :)

Mulut dah semakin bising, mengomel bahasa sendiri. Sekarang dah tukar bunyi pulak. Kalau duduk depan tv kan main lagi terbeliak biji mata dia. Padahal tak faham apa pun :)


{ni gambar semalam masa injection.. muka cuak ;) }


Menginjak usia 5 bulan, berat Ilham baru je mencecah 6.7kg naik 500g dari bulan lepas. Semalam injection untuk 5 bulan, lepas timbang berat terus bawa masuk bilik suntikan. Dia macam2 tahu2 je nak kena cucuk. Dia tenung Nek Pah lama, lepas tu terus menjerit minta lepas dari pegangan babah. Nek Pah pun tak pujuk2 sikit, terus cucuk. Huwaaaa nangis sekejap lepas tu terus menyengih. Steady la baby ummi sorang ni ;) Malam sampai ke pagi duk monitor dia demam ke tak. Mula2 rasa macam dedar2 sikit, saya pun direct feeding sekerap mungkin, alhamdulillah tak demam pun hero kechik ummi ni.. yang demam hero beso tu ha kat rumah ;)

Ok, jom layan gambar2 hero kechik saya :)


budak keletah ni :)


posing kat rumah Nek Anjang..


Hero kechik dan hero beso bergabung meletuuppssssss ;)


Ohhhh anak ummi kenapa jakun sangat tengok lampu2 kat Pizza Hut tu, dah naik terdongak sekali nak membelek lampu warna warni hehehe~ Last but not least, entry lepas ni saya share “Perkembangan Bayi Pada Usia 5 Bulan”. Stay tuned! :)

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!