Tak Tahu Nak Letak Tajuk Apa :-P

Tuesday, December 27, 2011

Lunch Ahad ni ditaja oleh Mommy Ngah. Thanks ye Mommy Ngah. Lepas Zuhur balik rumah Tok Ayah Ilham dah lama tak lepak sana.


Mommy Ngah kata dia dah masak ketam sambal, sotong goreng dan ikan goreng. Fuhhh.. rezeki terpijak tu. Sampai je terus melantak dengan jayanya. Petang sikit adik datang bawa goreng pisang, keropok leko etc makan lagi. Lepas tu ramai2 ronda kampung, Ilham pun terpaksa la layan umminya.


Balik rumah bersiap sedia masak untuk cik abang yang nak balik kerja. Dalam hati berdoa.. minta2 En. Nazir sms bagitau tak payah masak kan best.. ;-) tapi hampa belaka. Siap masak sambal udang dia balik dan bagitau ajak pergi Pasar Karat. Apa lagi makan pantas2 terus siap2 keluar. Hmmmm.. Sempat membebel kejap kat En. Nazir sebab rak bagitau awal2. Sekali dia bagi alasan baik punya.. bukan tak.nak bagitau awal tapi takut hujan kang tak dapat keluar dan saya pulak tak masak kan susah tu hehehe. Apa pun thanks ye En. Nazir menghilangkan kebosanan kami dua beranak kat rumah saat dia bekerja weekend.


Ok lah.. Stop dulu kalau rajin malam update entry lama.. Kalau rajin la.. Hehehehe..


Psssttttt.. Esok saya cuti.. Yeay!!! Tunggu update dari saya esok..


Published with Blogger-droid v2.0.1

You Might Also Like

2 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!