En. Nazir

Weekend Ku Bukan Weekend Mu ;)

Tuesday, December 13, 2011


Morning :)

Last weekend, dah sampailah hari2 weekend-yang-terperuk di rumah bersama Ilham sebab babah dia kerja pagi. Lunch tak masak pun makan je lauk malam yang ada lebih. Konon2nya nak masak petang je la. Sekali En. Nazir sms, petang tak payah masak dia nak ajak makan luar. Yippieeeeeeee! ;)

Malam tu kami ke Hutan Bandar Bistro nak makan lamb chop yang yummy itu :)As usual, orang kat situ tak pernah surut rasanya, masa tengah menunggu lamb chop sampai Ilham nak mengempeng pulak hehehe. Layan dia kejap. Bila lamb chop dah sampai, En. Nazir makan dulu. Macam biasa juga, sejak ada Ilham makan kena la bergilir2.

Nahhhh.. jamu mata tengok lamb chop yang sedap tu :)

2011-12-10 20.18.05


Lepas siap2 makan En. Nazir ajak ronda2 ke Bazar Karat. Saya ok je, tengok Ilham pun ok je. On the way nak ke kereta, nampak cik bulan yang baru nak start gerhana.


2011-12-10 21.01.37

Ni je yang dapat snap, tak jelas mana pun :) Subhanallah!


Sampai Bazar Karat, adoiiyaiii susah betul nak parking padahal bukan saya pun yang drive membebel je lebih ;) . Dah lama tak ke sini sejak mula preggy dulu. Hero kechik tu steady je, perut dah kenyang menyengih je la kerjanya.

2011-12-10 21.46.31

Style terbaru Ilham duduk dalam stroller..


Hehehehe.. sekarang dah ada style baru, dulu duduk je diam2 sekarang masuk je kaki terus parking kat palang hitam tu. Apa2 je la Ilham janji Ilham tak meragam. Penat layan2 Ummi dengan Babah ronda2 Bazar Karat last2 dia tertidur dalam stroller. Kesian anak ummi :) Dah penat meronda kami pun balik rumah, esok En. Nazir kerja daaaaaaaaaa :)

You Might Also Like

2 Th♥ught (s)

  1. lamb chop tu xleh tahan.... nak jugak... nak jugak....

    bagusnyer ilham ni x meragam pun... senang la nak bw dier jenjalan...

    ReplyDelete
  2. hajarus>>sdp jar..meh dtg sni akk blnje..hehehe
    alhamdulillah stakat ni mudah nk bwk bjln..tdo je kejenye..

    ReplyDelete

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!