Baby Development

Yeay! Saya Dah Tumbuh Gigi Sebatang ;)

Thursday, December 29, 2011

Yang ‘yeay!’ tu Ilham tau bukan ummi atau babah dia ;) Ummi dia cuma tengah merana sakit geraham bongsu yang tak habis keluar buat hal.
Akhirnya terungkai juga persoalan dibenak ummi (ayat poyo) samaada Ilham punya gusi luka atau memang nak tumbuh gigi. Alhamdulillah di usia 5 bulan Ilham dah tumbuh gigi. Patutlah meniarap tak pass rupanya gigi nak keluar dulu. Dua tiga hari ni, nampak gayanya nak terer meniarap dah. Ummi ke babah ke tak payah tolong2 lagi dah cuma kena monitor je.
Lepas ni ummi kena la berjaga2 masa menyusukan Ilham takut2 kena gigit hehehe. So far alhamdulillah tak ada lagi kes2 kena gigit sampai kena gigi. Selalunya masa tengah menyusukan Ilham saya pesan kat dia “Ilham.. budak yang baik jangan gigit ummi tau..” try cara psikologi ;) Kawan2 termasuk babahnya pesan kalau Ilham gigit juga picit hidung dia hehehe. Ya saya akan guna pakai petua tu nanti.
Jom kita skodeng gigi budak kecik ni..
Taraaaaaaaaaa..


Itu la gigi sebatang Ilham yang senget. Next month Ilham dah boleh try solid food.. hmmmmm.. tak sabar betul ummi nak mencuba resepi2 menarik untuk Ilham ni tau. Mudah2an ummi mampu sediakan makanan Ilham dengan air tangan ummi sendiri..amin2..

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!