Cuti CNY yang lepas 2 orang anak buah Encik Nazir datang bercuti kat rumah kami. Sempat la juga bawak diorang meronda2 walaupun Pakciknya berkerja, jalan2 dengan Makcik pun ok juga kan hehehe. Hari Ahad masak menu biasa2 je, sekadar lauk ayam masak asam pedas dan brokoli dan cendawan shitake goreng dan hari Isnin pulak saya buat Kue Tiaw Goreng je. Gambar semua tak sempat nak snap sebab kelam kabut sikit mana nak bersiap ke rumah pengantin lagi (alasan!) ;)
Hari Selasa tak masak sebab keluar pergi Plaza Angsana berjejak kasihan dengan Kak Jue dari Melaka (entri pasal “Jejak Kasihan” akan menyusul tapi tak tahu bila ;)). Hari Rabu masak la simple2 Paprik Ayam dan ulang lagi brokoli dan cendawan shitake goreng sebab banyak lebih hehehe. Oleh kerana Kak Long Encik Nazir nak datang ambil anak2 dia, jadi saya pun berfikir2 la apa nak masak. Last2 baru teringat, saya ada beli kacang hijau.. ok pe kalau buat “Bubur Kacang Hijau” kan. Memang dah lama teringin nak makan cuma durian je la tak ada. Kalau ada mesti sedapkan.  Petang tu, berusaha gigih lah saya membuat bubur kacang hijau siap hantar kat opis untuk opismet yang rajin bekerja (sebab hari tu saya sambung cuti BS Ilham balik kampung). Tak tahulah sedap ke tak.. saya bedal je la kan dah penat2 masak.. tak kan tak nak makan hehehe.
Taraaaaaaaaaaaa..

2012-01-25 15.15.34
Inilah dia Bubur Kacang Hijau Dari Dapur Hernee Nazir :)

Ohhh siap gugel resepi hokkay.. maklumlah tak pernah masak sendiri.. dulu nak makan arwah mak je yang buat. Resepi dari Cik Mat Gebu | Dapur Tanpa Sempadan yang membantu merealisasikan impian nak buat bubur kacang ni hahah~
Resepinya macam kat bawah ni..
BAHAN-BAHANNYA
2 cawan kacang hijau, cuci dan rendam semalaman (saya tak rendam semalaman pun)
1/2 ketul gula melaka, hiris kecil*
1/3 cawan gula pasir*
1 helai daun pandan* (daun pandan minta dengan Ibu Zura, BS Ilham :) )
2 cawan air*(*disatukan dan masak hingga gula larut, tapis)
1 helai daun pandan, disimpul
1 biji durian (dalam 7-8 ulas isinya) (tak letak pun durian)
Secubit garam
Gula, jika kurang manis
1 liter santan
Air jika perlu
CARA MEMBUATNYA
  1. Rebus kacang hijau hingga kembang, kemudian masukkan air gula, daun pandan dan durian, masak hingga mendidih. Tambah santan dan secubit garam. Rasa dan jika kurang manis, tambah sedikit lagi gula.
  2. Masak sekejap dan jika pekat tambah air sedikit lagi. Rasa dan jika ok, boleh matikan api. Hidangkan sejuk atau panas. Juga sedap dimakan bersama roti atau biskut krim kraker…
Dah berjaya buat bubur kacang hijau.. next nak buat bubur pulut hitam pulak hehehe. Thanks Cik Mat Gebu untuk resepi di atas :)